Archive for May, 2007

16
May

Selamat Hari Guru

16 Mei 2007…

hari ni hari guru..hari untuk mengahargai pengorbanan seorang guru..hari untuk mengucapkan terima kasih pada insan-insan istimewa bernama guru..tapi..wajarkah bagi seorang anak murid hanya menghargai guru pada hari ini..pada tarikh ini sahaja?teringaT aku akan satu hadith dari Rasulullah s.a.w. Daripada Nu’man bin Basyir, r.a katanya. baginda bersabda:

"Sesiapa yang tidak bersyukur akan sesuatu (nikmat) yang sedikit bermakna ia tidak bersyukur akan sesuatu (nikmat) yang banyak dan sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang berbudi kepadanya) bermakna ia tidak bersyukur kepada Allah: dan (ingatlah) bahawa menyebut-nyebut akan ni’mat Allah bererti bersyukur (kepada-Nya) dan melupakannya bererti mengkufuri ni’mat Allah; dan (ingatlah lagi) bahawa bersatu padu (sesama umat Islam) membawa kepada rahmat dan berpecah belah membawa azab sengsara."

Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad.

dalam hadith ini Rasulullah ada menegaskan "sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang berbudi kepadanya) bermakna ia tidak bersyukur kepada Allah"..maka guru adalah di kalangan manusia yang banyak budinya kepada kita..daripada 60 tahun hidup kita..mungkin 5 tahun kita habiskan bersama guru diperingkat menengah..6 tahun di peringkat rendah…malahan 4 tahun di peringkat tinggi..terlalu banyak insan-insan yang patut kita ingati dan kita berterima kasih..
60 tahun..hmmm…15 tahun dari umur kita..telah ada begitu ramai insan bernama guru menabur budi pada kita..yang menjadikan kita manusia berbaki 40 tahun itu..
siapa kita selepas itu adalah dari didikan yang kita terima..bagaimana kita melalui hidup kita berdasarkan ilmu-ilmu yg kita pelajari dari guru-guru kita..

setiap hari adalah hari guru..kita amalkan ilmu yg guru-guru kita ajarkan setiap hari..kita manfaatkan ilmu-ilmu yang ditimba setiap hari..kita bercakap dengan ilmu-imu yang kita ambil dari guru-guru yang mengajar kita mengenal huruf..mengenal bahasa..mengenal bicara..terlalu besar budi guru..tetapi terlalu kecil ingatan kita pada mereka..

sesuai dengan sabda Nabi tadi "dan (ingatlah) bahawa menyebut-nyebut akan ni’mat Allah bererti
bersyukur (kepada-Nya) dan melupakannya bererti mengkufuri ni’mat Allah"
apabila kita menyebut akan budi..sudah cukup untuk kita mensyukuri nikmat itu..guru bukan lagi lilin..yg membakar diri untuk anak bangsa..tapi guru ibarat matahari..yang cahayanya kekal menyuluhi jalan anak muridnya..memancarkan cahaya di bumi ilmu..lilin sampai masa pasti padam..matahari kekal menerangi kita..membias cahaya tanpa meminta balasan..sekadar cukup kita mensyukuri..apa yg diberi..

pada mu guru-guruku..dari sekolah rendah..menengah..pensyarah-pensyarahku dari universiti..anda semua adalah insan yang membentuk ku..menjadikan aku..siapa aku hari ini dan esok..ilmu mu..aku mohon restu dan redha..kerana dengan redha mu memberkati ilmu yang aku kutip darimu..

SELAMAT HARI GURU…TERIMA KASIH CIKGU…

09
May

Anjakan

Hari ni antara hari yg penting dalam hidup shaq..
keputusan hari ni akan menentukan hala tuju masa depan shaq dalam dunia business..meeting petang ni akan berlangsung antara Creative Solution dgn Faiz Adnan Asc..beberapa MoU akan dibincangkan, kontrak untuk beberapa tahun akan dimeterai dan yg paling utama kerjasama yg mungkin akan memajukan kedua syarikat dalam tempoh masa panjang..
sesuai dgn matlamat masa panjang syarikat untuk membangunkan syarikat ke peringkat nasional dalam masa tiga tahun ke hadapan..

harapan shaq..meeting petang ni akan dimudahkan Allah dalam segala urusan mesyuarat, mendapat taufiq dan hidayah sepanjang perbincangan dan yg penting mendapat berkat dari Allah atas setiap percakapan, persetujuan dan keputusan mesyuarat nanti..

adapun apa yg dirancang manusia adalah dari rencana Allah dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik rencana untuk hambanya yg beriman..

Good luck to Creative Solution..

02
May

alhamdulillah..

alhamdulillah…

hari ni selesai jugak dua tiga jobs baru..boleh rehat kejap. semalam dapat proposal project baru..kena take time..tempoh bertenang jap..kepala dah kering idea dah ni..kad kahwin latest design dah siap..color purple..so pasni saper nak kahwin boleh mintak sample design..pastu boleh order..hehehe..

ok lah..macam kat shout out!hari ni nak gi tgk movie citer spiderman 3..free hari ni jap jer.tiket pun dah booking..semalam cuti 2 hari malas nak gi memane..baik rest kat rumah jer..hehehe..

hmm semalam dapat YM ngan member2 lama..thanks Am ingat lagi kat gua..gua sayang lu..hehehe..

ok baik..

hari ni nak kena rest puas-puas esok kejer kerassss….

01
May

renungan…BERSAMA

Assalamualaikum.w.bt…..

Sama-sama kita renungkan..

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku arrijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu arrijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinya kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku arrijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku arrijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..

Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik.

Sama�lah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak.
ALLAHu ‘alam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan,
Erti bercinta yang sebenar,
Insya ALLAH!!

Mohon kemaafan andai ada sesiapa yang tersinggung..

Yang baik itu dari Allah..yang lemah itu dari diri yang penuh kekurangan ini….WALLAHUA’LAM.wassalam.

TQ ‘N’ and ‘K"

01
May

try hear this song…

Here it comes
It’s all blown into night
I woke up this morning
To a blood-red sky

Burning on the bridge
Turning off the lights
We’re on the run
I can see it in your eyes

If nothing is safe
Then I don’t understand
You call me a boy
But I’m trying to be the man

One more day
And It’s all slipping in the sand
You touch my lips
And grab the back of my hand
The back of my hand

Guess we both know
We’re in over our heads
We got nowhere to go
And no home that’s left

The water is rising
On a river turning red
It all might be okay
Or we might be dead

If everything we’ve got
Is slipping away
I meant what I said
When I said, "till my dying day"

I’m holding on to you
Holding on to me
Maybe it’s all going black
But you’re all I see
You’re all I see

Walls are shaking
Hear them sound the alarm
Last shift’s breaking
So don’t let go of my arm

Grab your bags
And a picture of where we met
All that we’ll leave behind
Is all that’s left

If everything we got
Is blowing away
We gotta rock in a rock
Till our dying day

I’m holding on to you
Holding on to me
Maybe it’s all we got
But it’s all I need
You’re all I need

And if all we’ve got
Is what no one can break
I know I love you
If that’s all we can take

The trees are coming down
They’re mixing with the rain
I know I love you
If that’s all we can take

Foolish running for miles
On the concrete ground
We’re eight feet deep
In a rain still coming down

The TV’s playing it all
Out of town
I’m grabbing at the fray
For something that won’t drown

ALL I NEED
by Mat Kearny