Archive for June, 2007

29
Jun

semangat!!!

baru balik dari pandan indah..letihnyer..dah lunch..nak kena kua jap..pegi swimming dulu..dah lama tak swim..k..nanti aku cerita apa kisah semalam dan hari ni..
jom mandi!!

29
Jun

Letihnyaa..

4.40 pagi..
Baru sampai rumah..nanti aku tulis apa yang aku nak tulis..SEKARANG NAK TIDO DULU..letih sangat badan ni..ok..good nite..

29
Jun

Melayu dan Jom Heboh

"Demi Masa Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Soleh Dan Yang Berpesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Kesabaran. -Surah al-ásr

Jalan sesak menuju ke Stadium Indera Mulia, parking dikatakan penuh dan
ada yang terpaksa mengheret ahli keluarga berjalan hampir 1km semata tak
mahu ketinggalan ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3. Bagi mereka persetankan
kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Majlis Mufti-Mufti
yang telah mengharamkan Sure Heboh yang kini Jom Heboh.

Berikut adalah perbualan semasa minum pg dengan sahabat yang hadir ke Jom
Heboh di Stadium Indera Mulia.

mrcoconut :     Hangpa pi jom heboh ?

yop heboh :    Aku pi, hang tak pi ke, rugi macam-macam adaaa.
                    swiss roll era fazira pun sedaaap.

mrcoconut :     Aku tak pi, pasal harussani kata haram!

yop heboh :     ehhhh.. habih, kalau pi kenapa ? bukan pi tengok
                       konsert, round pameran saja, itu pun tak boleh ke?

mrcoconut :     setahu aku dah mufti kata haram tu, haram lah!

yop heboh :     ehh.. pandai-pandai lah ngkau!

mrcoconut :     Itu lah sebab aku tak teringin nak kesana

yop heboh :     Habis ramai orang pegi? pak aji pun ada!

mrcoconut :     macam ni lah. ayam yg sembelih tu halal makan tak?

yop heboh :     ??!Q# .. halal lah dah sembelih boleh makan

mrcoconut :     ok, ayam sembelih halal makan, tapi halal tak ayam sembelih tu                                 kalau letak satu freezer dengan babi?

yop heboh :     ??Q!?/…

mrcoconut :     halal ke haram?

yop heboh :     Haramlah tapi itu ayam, ini jom heboh

mrcoconut :    Ok, masa hang kat sana, hang perasan tak keliling hang, kiri                                     kanan,depan belakang hang yg bersesak-sesak semua tu,.. bangsa                         apa? melayu, cina, india, jerman?

yop heboh :    a’aa laa, Melayu

mrcoconut :     haaa.. kalau jom heboh tu tempat yg elok untuk bawak anak bini                           jalan, beli belah, tengok pameran mengapa bangsa yg maju seperti                       Cina yg kaya, banyak duit tak pi beli belah kat sana, mengapa tak                           ramai bangsa lain yang kesana, mengapa bangsa melayu saja yang                           ramai hadir?

yop heboh :     ?Q!@$&*..

mrcoconut :     Sebab orang melayu leka, suka berhibur, tak tahu membezakan baik                        buruk suatu perkara pasal tu lah. Mufti dah kata haram pun pakat pi                        jugak.

yop heboh :     Jadi haramlah aku pi sana?

mrcoconut :     Macam hang kata tadilah, ayam sembelih kalau letak satu freezer
                       dengan babi tetap haram walaupun hang beli balik masak ayam tu                            saja.Pasal letaknya ayam tu bersama babi-babi yang haram!

yop heboh :     senyum kambing.

"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu
menarik hatimu… " Surah Al-Maaidah, ayat 100.

Pada 30 Julai 2004 Majlis Mufti-Mufti telah memutuskan mereka yang
menganjur, menghadiri dan menonton konsert berkenaan adalah juga Haram.
Menariknya ramai yang hadir ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3 memberi alasan
kenyataan Mufti hanya haramkan konsert dan ramai yang hadir memberi alasan
seperti sekadar berkunjung ke gerai-gerai pameran dan membeli belah mana
yang patut. Begitulah asam garam manusia berdolak dalik semata memenuhi
desakan nafsu. Kita letak ketepi dahulu bab hukum tetapi apa yang kita mahu
nyatakan di sini adalah pengunjung yang membanjiri karnival Sure Heboh
dahulu dan Jom Heboh sekarang.

Kalau diperhatikan sekalian yang hadir membanjiri karnival Jom Heboh
berkenaan yang di adakan secara road show majoriti yang kita lihat adalah
bangsa Melayu. Dari muda-mudinya, yang berkeluarga hinggakan pak aji dan mak
aji pun hadir sama. Kita boleh lihat sendiri di kaca tv pada malam konsert
utama baik Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang hampir kesemua yang kita
lihat adalah bangsa Melayu. Persoalannya mengapakah hanya bangsa Melayu yang
hadir ke karnival Jom Heboh ? dimanakah bangsa Cina dan India umpamanya.

Jika persoalan hadir semata berkunjung, melawat ke gerai pameran, mengapa
bangsa yang memiliki kuasa beli yang>  tinggi seperti bangsa Cina hampir
tidak kelihatan di karnival berkenaan. Jika karnival Jom Heboh tempat yang
baik untuk beli belah dan bawa anak bersantai mengapa bangsa yang boleh kita
katakan lebih maju dari Melayu seperti Cina hanya sebilangan kecil yang kita
nampak mengunjungi karnival berkenaan. Di malam konsert utama misalnya
padang persembahan penuh dengan pasangan melayu dan ada yang tanpa segan
silu berpelukan malah dengan aksi-aksi menjurus ke jalan zina. Pengunjung
bercampur lelaki perempuan, yang tua dan muda, yang berkeluarga dan
berpasangan tetapi kebanyakannya bangsa Melayu. Dimana bangsa lain dan
mengapa mereka tidak terhegeh-hegeh seperti orang Melayu berkunjung ke
karnival tv3 berkenaan.

Inilah satu persoalan yang amat menyedihkan semua. Bangsa Melayu leka
berhibur dan kerap kali gagal mengimbang antara desakan nafsu dan tuntutan
agama. Memalukan bila bangsa lain yang bukan Islam tidak seberapa untuk
hadir ke karnival sedemikian sedangkan dari jalan raya hinggalah ke tapak
karnival penuh dengan orang Melayu.

Tanpa kita sedari dalam kita menuntut pembatalan cadangan IFC, dalam kita
memperjuangkan isu murtad, dalam kita keluh kesah usaha muda mudi kita di
pesonakan golongan kristian program-program hiburan sedemikian telah
melekakan bangsa Melayu dan orang Islam. Karnival berkenaan melekakan dan
melemahkan orang Melayu dan Islam dari menumpukan isu-isu penting dalam
hidup dan masa depan mereka dan di sisi agama. Anak-anak muda, dewasa lalai
dan leka seolah isu-isu besar agama tidak langsung menghantui mereka. Seolah
hadir ke karnival itu satu gah bagi mereka dan satu kepincangan jika tidak
menghadirinya.

Sedangkan dalam gerombolan manusia yang penuh sesak itu penuh dengan
muka-muka kulit sawo matang, hampir kebanyakannya Melayu!

Melayu Islam sepatutnya peka akan hal ini. Amat memalukan bila bangsa
Melayu lebih terkehadapan dalam program hiburan berbanding program-program
lain yang lebih bermanfaat pada bangsa dan agama sendiri.

Melayu yang hadir sepatut nya malu dan sedar akan apa yang telah mereka
lakukan.
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah yang mereka turut
melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta"
al-an’am, ayat 116

Terima kasih Kak Mie kerana sudi berkongsi cerita..

28
Jun

Bagaimana Hati Berbunga?

Hati manusia tak ada putik..tapi bagaimana ia berbunga?hehehe..metafora jer..hari ni..aku bertemu siang dengan penuh tekanan dan kecewa..datang petang aku berehat seketika di USJ..usai kerja di shah alam..panas siang memenatkan aku..meletihkan minda aku..hampir sahaja aku masuk ke petronas nak beli air..mujur aku teringat aku berpuasa..hehehe..aku keluar dari petronas,senyum sorang-sorang..bergerak kaki aku membawa aku..ke sebuah lori yang berpenghuni dua insan..sedang sibuk menjual kuih dan putu piring..di sini aku bertemu damai..tekanan dan kecewa mengendur lalu..terasa berada di sisi makayah..asyik melihat mereka berniaga..waktu kian mendekat senja..kami bersembang habuan bicara..

makcik yang selalu menegur dulu..kerana pakcik selalu sibuk di bahagian depan..bila pelanggan reda..baru kami dapat bersembang sama..bual bicara seperti biasa..bertanya khabar..bertukar khabar..cuma aku agak letih..kerana badan yang kurang sihat..ditambah degil ingin terus berpuasa..menampakkan wajah pucat di mata mereka..tapi..di situlah damai yang aku cari petang ini..masa untuk bersama mereka berdua..walaupun seketika, tapi cukup untuk memberikan aku ketenangan sementara..ditambah bual makcik yang selalu mengusik hati..sering menguntum senyum pada wajah aku..bicara pakcik yang sentiasa bersemangat..juga turut meleparkan tawa di wajah kami..dua insan ini, yang menjadi tempat tumpangan aku, merasa tenteram di bawah kasih mereka..walaupun bukan sedarah daging..tapi kasih pengikat hubungan ini..

pelanggan setia yang melihat kami..kadang tertawa melihat kami..ibarat anak beranak..ada yang mengusik..tanya aku ni anak yang mana?makcik berseloroh anak yang sulung..ada yang tanya aku ni menantu ke?..ada saja jawapan dari makcik dan pakcik..apa pun mereka adalah tempat rujukku bila mana aku sepi merindu makayah di kampung..tempat bermanja kasih..mencari ruang dalam keluarga mereka..syukur aku mendapat kasih dari mereka..yang sudi melayan masa aku..yang kadang terasa juga mengganggu mereka..makcik yang sentiasa tersenyum..pakcik yang tak jemu dengan bicara..tulisan ini aku hadiahkan buat mereka..

petang di USJ amat bermakna hari ni..hati aku berbunga di sana..entah kenapa kepala aku berat..tapi aku sembunyikan dari wajah mereka..mungkin kerana berpuasa ditambah demam yang datang dari semalam..melayan makcik dan pakcik,menghilangkan sakit di dada..
usai masa berniaga, detik sudah melangkah tujuh malam..kami bersurai ke pangkuan rumah..sebelum berpisah pakcik seperti biasa memberi putu piring buatannya..habuan pembuka puasa nanti..makcik menambah dengan kuih yang lain..risau benar makcik kalau aku tak jamah makanan..tau benar dia aku sekarang jarang makan..menghala ke rumah masing-masing..pakcik memacu lorinya di depan aku..aku mengekor di belakang seperti biasa..kami berpisah dalam senja yang indah..

terima kasih pakcik dan makcik kerana petang ini yang indah..usai berbuka, aku terus bersolat..ada meeting di pejabat..kepala makin berat..makin kuat menyuruh aku berehat..jam 9.30 malam kepala aku sudah tak tahan..aku perlu mencari ruang tidur..aku terlelap dalam jaga..patutnya aku menghantar barang malam ni..tapi kerana badan yang memaksa aku berehat..terpaksa aku batalkan janji temu malam ni..aku baru sahaja bangun dari lena aku..sekarang jam 3.49 pagi..aku menaip cerita indah petang aku..mencoret sedikit sejarah hari ni..menjadi kisah yang aku ingin ingati di ruang ini..

maaf cerita hari ini tidak berkisar tentang apa-apa nasihat..sekadar nukilan hati yang berbunga..entah kenapa ia berbunga..mungkin kerana kasih pakcik dan makcik..menguntum bunga di hati aku..

Img_0201_1

ok..jom sambung tido..esok sujud sajadah..kena bersiap awal!

28
Jun

Kawan..

Kadang mereka dekat pada kita..
tika kita gembira..
mula jauh dari kita bila kita sedih merana..
namun masih ada yang datang tanpa diduga..
mencari teman dalam duka..
kita juga adalah kawan..
kita juga hanyalah teman..
kita juga kekal dalam persahabatan..
cuma hati lain kalaupun rambut sama hitam..
biarpun rapat tapi masih ada yang kelam..
dunia kita sama cuma masih banyak terpendam..
bila hadir luka akan ada yang muram..
kita faham tugas manusia..
saling bertegur saling berbicara..
naskah nasihat sering dilupa..
hanya beringat bila terkena..
dikau sahabat hanya melihat..
bila sahabat jauh tersesat..
dikau kawan hanya melawan..
bila kawan tidak sepadan..
dikau teman hanya taman..
bila bersuka engkau tempat permainan..
kini kita semakin jauh..
kau dan aku sudah berlabuh..
di daerah dewasa yang menuntut sauh..
sauh iman jadi bekalan..
lautan amalan jadi pautan..
bersama engkau aku kemudi..
layar ilmu yang pernah kubeli..
dari sistem makhluk duniawi..
kita hanya datang mencari..
habuan diri untuk akhirat nanti..
dalam matang kita sering teruji..
dengan sogokan yang memakan hati..
akhirnya jiwa tergadai mati..
kerana nafsu termakan budi..
kita hilang jati diri..
luluh lemas mangsa diri..
bukan kerana kawan sejati..
tapi hasil perbuatan sendiri..
teman, rakan juga kawan..
mereka semua datang kemudian pergi..
hanya tinggal hati yang sunyi..
terasa bagai bilik terkunci..

shaq - 280607

27
Jun

sawetuka..

Bila diduga..
baru hati tersedar..
Bila terleka..
hati jauh berlegar..
Pedoman hilang..
Akal pun hilang..
Yang hadir cuma..
nafsu dunia..
Ku erti jua apa yang dipinta..
Ku pasrah diri pada Ilahi..
Namun mimpi kian nyata..
Tersedar cuma..
bila diduga..

shaq - 090706

26
Jun

Api dan Air

Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawadhu’ kepada Allah, maka Allah akan menaikkan darjatnya. (Sahih Muslim)

aku masih merenunug hadith di atas, mencari-cari kata-kata untuk ditulis dalam perenggan ini..tapi aku ketandusan madah..kepala seakan belum bersedia berbicara..masih mencari sesuatu..kekuatan untuk menulis..tapi hadis di atas amat penting pada aku dalam bulan ini..berakhirnya bulan ni..maka cukuplah haul untuk syarikat aku melangsaikan zakat perniagaan..mengeluarkan nisab yang sekadarnya untuk diri sendiri dan membayar zakat pendapatan..

aku masih memerhatikan baris-baris hadith di atas..sedekah tidak mengurangkan harta..ibarat senyum..tidak akan menyakitkan muka kalau kita senyum..cuma senyum sedekah paling murah..dengan senyuman boleh memberi lebih ketenangan dari sedikit harta yang kita beri..cuma manusia kadang kala takut untuk bersedekah walaupun senyuman..senyum akan mendekatkan kita pada kawan, merapatkan kita dengan orang ramai..tapi ramai yang masih kurang mesra dengan senyuman..aku sekadar memerhatikan sekelilingku..ini hanyalah pemerhatianku..baru balik dari ziarah blog seorang sahabat..yang tulisannya.."tak mo cakap apa-apa, nak senyum je..macam ni :-) "..tulisan yang simple..tapi bagi aku yang membacanya..tersenyum sendiri..walaupun tulisan..tapi hati kita pasti tersentuh..untuk turut senyum..pada yg keras hati..pastinya dah melenting.."apa la minah/mamat ni tulis!"…

aku memandang pada baris-baris hadith yang berikut..Sesiapa yang bersikap pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaan baginya..aku bukan jenis yang pandai marah..malah aku jenis yang tak suka marah orang even tak reti marah orang..tapi itu belum lagi menjadikan aku jenis yang boleh memaafkan orang..adik laki aku tu la paling best, sepanjang dia besar dengan aku..rasanya belum pernah lagi aku marah dia..manjakan lagi ada lah..pada aku..memaafkan orang adalah perkara yang paling sukar untuk kita manusia lakukan terhadap manusia lain..kerana selalunya apabila marah pada seseorang..dalam hati kita tersemat pelbagai rasa..benci, geram, bengang, mual, meluat pada orang yg kita marah..itulah hasil dari satu perasaan yang ada dalam jiwa kita..apabila apinya disuakan lagi dengan bara benci, maka makin meluap-luap perasaan lain pada yang kita marah..tapi Allah masih menyuruh kita maafkan orang itu..walau sebenci mana pun kita pada dia..itulah yang menyukarkan kita sebagai manusia untuk melakukan sesuatu yang susah untuk kita lakukan…MEMAAFKAN ORANG LAIN..nabi berpesan..sebelum tidur..maafkan semua orang yang kita kenal..malah kita dituntut memohon maaf pada ibubapa sebelum kiat tidur..nampak mudah..tapi itulah meditasi terbaik untuk memulakan hidup sebagai seorang pemaaf..apabila kita biasa memaafkan orang..maka kita mudah untuk memaafkan orang ramai..kenapa sebelum tidur?

mengikut pendapat dato’ fadhilah kamsah dan beberapa tokoh perubatan, agama yang lain..tidur merupakan satu mekanisma untuk merehatkan jiwa kita..menenagkan tubuh badan kita, urat-urat dan saraf badan kita..malah apabila kita marah..tidur menjadi ubat yang mujarab!apabila kita berniat memafkan orang lain sebelum tidur..maka dalam tidur kita..perkara yang kita niatkan akan bermain dalam minda bawah sedar kita..menyatukan niat dan minda kita..menghasilkan ketenangan pada jiwa dan apabila kita bangun..minda sedar kita akan terasa segar dan tenang..rasional tidur dapat kita simpulkan sebagai alat untuk meneutralkan negatif dan positif dalam badan..jadi teruslah kita memafkan orang..bermula sebelum tidur nanti..dan jangan lupa doakan kesejahteraan orang yang kita marah kerana bila kita maafkan orang itu, dan kemudian mendoakan kesejahteraannya..kita telah mengangkat darjat kita kepada yang lebih baik..di situlah janji Allah untuk menambahkan kemuliaan bagi kita..

Dan sesiapa yang bersikap tawadhu’ kepada Allah, maka Allah akan menaikkan darjatnya..teringat aku ketika aku kecil dulu..masa zaman sekolah arab dulu..ustazah ada berkata..sesiapa yang berjalan di dunia dengan dada yang mendepa..kain yang labuh, dia tu orang yang sombong..wahh..takut juga aku masa dengar apa utazah cakap..bila dah besar ni..jumpa hadith yang menyokong kata-kata ustazah..baru kita tau di mana kedudukan kita..dada yang mendepa tu bukan lah maksud sapa yang badan "tough" tu semuanya sombong..hehehe..tak la jugak..tapi maksud tersiratnya..dalam keadaan yang bangga..maka dia dah jadi orang yang sombong..tawadhu’ yang Allah maksudkan pula bukan lah berjalan sampai mengadap lantai..itu juga salah..tapi tawahu’ adalah bila kita malu, segan, redha, syukur dengan nikmat yang Allah berikan..malu untuk meminta lebih, segan untuk menunjuk, redha dengan rezeki yang ada..syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan..maka sifat-sifat inilah yang menaikkan darjat kita..

pemarah lawannya pemaaf..sombong lawannya..tawadhu’..hadith ini mudah untuk kita hadamkan..malah pada yang tiada base agama sekalipun..sekali baca hadith ini sudah cukup untuk faham pesanan Rasulullah..cuma yang kita kesalkan..orang-orang awam..mungkin mereka membaca Al-quran..tapi adakah mereka memahami intipati maksud setiap bicara kalamullah..juga mereka kurang terdedah pada pemahaman hadith-hadith nabi..hadith 40 mungkin mereka dapat pendedahannya dari majlis-majlis ilmu di rumah-rumah Allah..bagi yang menghadiri majlis, pada yang masih terkapai di luar sana..harus kita faham..tugas sebagai da’ei bukan sahaja di luar sana..malah ruang cyber ini..jika dapat kita nukilkan sesuatu..memandu umat pada jalan Allah..sudah tersedia ruang pahala pada kita..jadi pada yang membaca tulisan kali ini..sama-sama kita membawa sahabat-sahabat yang memerlukan bantuan dari sudut panduan kepada kebaikan bersama..saya tau ramai di kalangan sahabat saya mempunyai ilmu agama yang kukuh..saya juga masih kurang ilmunya..tolonglah peringatkan saya..bersama-sama kita saling ingat-meningati..

hari ni..saya terlebih rehat..terlajak tidur..bila bangun..terus tatap hadith ni..itu yang tergerak hati ingin berkongsi..lagipun..kita ni tak dapat lari dari memberi nasihat..dan memerlukan nasihat..saya masih mencari kekuatan untuk menyambung chihiro..harap bersabar..hehehe..pada diyana..yang sekarang sedang menunaikan umrah..saya titipkan doa moga selamat pulang dengan selamat..pada ummu hani yang bakal menyambung pengajian di peringkat master..saya doakan moga kamu beroleh ilmu untuk terus berdakwah pada yang memerlukan..teruskan menulis..pada ok..dah sampai penghujung bicara..maaf mengambil masa tuan-tuan semua..andai ada yang berpatutan untuk dinilai sebagai nasihat..terimalah dengan hati yang terbuka..jika ada terpesong dari amalan agama..perbetulkan tulisan saya..terima kasih..

p/s:mula-mula aku..kemudian saya..tu cara penulisan baru tu hehehe..dari keras kepada lembut..

25
Jun

Mustika Hati..

Puisi ni dah di kritik oleh cik ummu hani dalam comment..sekadar nak abadikan dalam blog..terima kasih cik ummu erk..doakan shaq..dalam pencarian mustika hati shaq..

duhai mustika..
sinarmu menjadi fajarku..
gelapmu menjadi mimpiku..
tapi siapa aku padamu..
hanya teman dalam kenanganmu..
kumencari ruang dalam manjamu..
andai ada..ku terima bersama kasih..
kasih yg bertolak dari erti teman..
berpindah hati menjadi kawan..
tercipta rasa menggamit duka..
mencipta suka pabila bersama..
hatiku mencari duhai mustika
siapakah dirimu insan mustika
hanya hati bertanya hati..
menunggu cinta menjawab pada hati..
akukah dia untuk mustika..

Shaq - 27 Mei 2007

25
Jun

“Rezeki tu kerja Allah Ta’ala”

"nta kena ingat shauqi, rezeki tu kerja Allah Ta’ala, kita sebagai manusia ni kena usaha, tawakkal..yang lebih tu..biaq Allah uruskan..tu kerja Dia."

ni antara bicara ustaz nazmi dalam perbualan kami dalam kereta menuju ke rumah aku..bicara yang banyak memberi impak kepada aku..macam kata ustaz..rezeki tu kerja Allah..dalam bidang aku..urusan harian aku..aku bertemu dgn macam2 jenis manusia..yang kadang-kadang akan buat aku putus asa dgn kerja aku..menyesal dgn kerja aku..letih dgn keja aku..lemah dgn kerenah manusia..sikap manusia yang nak segalanya cepat..mengharapkan semuanya sempurna..melihat manusia lain hanya "marhain" pada pandangan mereka..boleh diarah..boleh disuruh..boleh dipaksa bekerja mengikut hati mereka..tapi itulah sebahagian dari ujian yang aku perlu lalui..kerenah manusia..memang sesuatu yang tidak dapat aku elak..

malah sebahagian sifat mereka itu juga ada pada aku..bezanya siapa yang dapat kawal..aku atau mereka..cerita ustaz pengalamannya pergi umrah minggu lepas juga memberi kesan..bagaimana dia terpaksa tinggal di sana tanpa visa..menjadi pelarian seketika,,terpaksa berlindung..bersembunyi daripada polis kerajaan arab..semuanya jauh dari apa yang aku lalui..malah lebih besar ujian yg dia terima dari aku, namun ustaz dgn senyumannya yg tak penah lekang..

"ustaz gembira dgn ujian yang Allah bagi pada ustaz, itu pengalaman paling manis pernah ustaz terima, diuji di bumi Mekah…"

bukan lagi darjat aku untuk menerima segalanya sekuat ustaz..ustaz gembira sebab dia berpegang pada kata Allah dalam quran..selepas datangnya kesusahan akan datangnya kesenangan..dia merasakan kesusahannya di Mekah adalah lalauannya kepada kesenangan yg Allah janjikan..dia yakin kesusahan itu adalah ujian untuk dia tempuhi sebelum dapat merasai kesenangan..begitu tenang ustaz memberikan nasihat pada aku..walaupun kami hanya berbual ringan tapi dalamnya padat dgn nasihat..pada aku, ustaz selama aku mengenalinya,dia sentiasa memberikan galakan pada aku..memberi nasihat pada aku..menunjukkan jalan pada aku ketika aku memerlukan jalan..dialah orangnya aku patut banyak berterima kasih..peluang demi peluang yang dia berikan..kepercayaan yang dia amanahkan..semuanya adalah bantuan dari dia..yang Allah datangkan sebagai mentor kepada aku di dunia..

tanpa cetusan idea dari ustaz..aku mungkin tidak dapat membentuk gagasan creative solution segah hari ni..membina sebuah syarikat sepertimana aku ada sekarang..berjaya seadanya aku seperti hari ini..

itulah pendahuluan untuk hari ni..satu ucapan terima kasih aku pada ustaz nazmi..

ok..minta maaf kerana hilang agak lama..bukan kerana faktor malas, tetapi masa untuk menaip..terpaksa ditunda pada hari ni..banyak yang ingin aku kongsikan..tapi aku rasa aku tak mampu menceritakan apa yang aku lalui sepanjang aku tiada dalam blog ini..semuanya kenangan, pengalaman aku bersama ustaz nazmi..pada yang meminta melaui email..aku sudah ceritakan sedaya aku..itulah cerita aku..yang YM..aku sudah kongsikan sepanjang masa kerja2 aku bersama ustaz..di dalam blog..seakan anak tiri pula..hehehe..aku tak lagi ceritakan apa yang aku lalui..mungkin apa yang aku lalui adalah untuk aku..Allah datangkan bermacam ujian adalah untuk aku berfikir..syukur atau tidak aku pada nikmat-Nya..ingat atau tidak aku pada-Nya..yang mana aku rasa sesuai untuk kita sama-sama kongsikan aku ceritakan di dalam blog ni..

sebenarnya minggu lepas aku terlibat dgn dua projek design yang time framenya amat padat dan rapat..pertama untuk buku cenderahati Akademi Sains Malaysia (ASM) yang kena submit hari selasa pagi 19hb..memang tak tido aku sebab buat design dalam masa yg terhad..dalam tgh design projek nilah ustaz call aku..dia baru balik dari umrah..dia propose aku untuk join dia sekali untuk draf buku teks bahasa arab tahun dua di bawah kelolaan DBP..setelah berbincang aku setuju dan kami buat la draf sesama bermula dari selasa lepas..jadi selesai projek ASM aku terus terlibat dgn projek ustaz..dalam masa yang sama aku ada projek lain yg mmg tgh on schedule..

projek lain tetap jalan macam biasa..dan projek ustaz ni kena hantar 23hb lepas dalam bentuk draf sebelum jam 4.30 ptg di DBP..hari rabu yg hari kami betul2 start buat draf (belum lagi design) itu pun dibantu draf yg ustaz rijal (nanti aku cerita siapa dia) buatkan..rabu pulak tgh malam jam 12.30 baru start..bayangkan aku call ustaz jam 5 ptg 20hb tu comfirmkan aku terima project dia..jam 10.30 mlm aku pergi amik ustaz kat hotel..disebabkan tak ade kemudahan kat hotel, ustaz ajak buat kat rumah aku. 12 tgh malam aru kami sampai rumah..then baru start buat dalam 12.30..malam tu kami tak tido..,buat kerja straight..aku ngan ustaz draf kasar dulu bukunyer macamana..malam tu pulak baru aku tau cerita draf tu macamana..rupanyer kena hantar dua tajuk(maknanyer 2 bab dalam bentuk draf)..setiap bab tu pulak kena buat dalam 3 buku..

satu buku teks, buku latihan dan buku panduan guru..so bayangkan lah berapa design aku kena buat..satu bab kena hantar 8 muka surat..48 muka surat aku kena design dalam masa kurang dari 3 hari..bahasa arab satu hal..untuk budak2 darjah dua lagi la satu hal..yang kena upgradenyer design dalm bahasa arab la..fully arabic dari segi wording design..yang kena downgrade pulak..design la untuk budak2 darjah 2..buku teks kena ada ilustrasi lagi..mmg lain dati yg aku penah deisgn..banyak ilmu baru aku dapat..Alhamdulillah peluang Allah bagi..dan jika aku tidak ambil peluang ni..dan memilih untuk menolak pelawaan ustaz..tidak membuat keputusan setepat ini..mungkin aku takkan lalui pengalaman2 ynag manis bersama ustaz..

so 21hb..lepas subuh kami baru dapat siap design 2 muka surat..dn hanya ada 1 bab buku teks yg dapat disiapkan malam tu..Allah saje yg tau penat aku dgn ustaz malam tu..aku jadi semangat sebab semangat ustaz masuk dalam jiwa aku..kami sama2 berjaga tak tido..aku sendiri tak sangka dapat bekerja dgn ustaz yg satu masa dulu kami ni ustaz dan anak murid..hai..pengalaman ni ngan ustaz nazmi banyak..macam2 aku lalui ngan dia..hehehe..tingkatan 3 aku ada pengalaman..hehe..indah jer..tingkatan 4 pengalaman ngeri lagi la..accident kereta ngan dia kul 2 pagi..hehehe..nantilah aku cerita apa yg jadi..tu lagi la gila..hehehe..ustaz2..ikutkan macam2 aku ngan dia lalui..dari sebelum dia kahwin sampai sekarang dah anak 4..

so pagi 21hb pas je subuh kami solat jemaah sesama aku terus hantar ustaz gi hotel..janji balik jam 2 aku gi amik ustaz untuk amik bab 2 buku teks..ustaz ada seminar pagi tu..dia suruh aku balik rehat tido..aku pulak pagi tu ada kerja..nak kena setelkan..so dah balik.kul 9am aku tido..kul 12tghr aku bgn..teringat kat makcik ngan pakcik putu piring..aku kena hantar kuah rojak..dah janji semalam..kul 1 aku gi hantar..faisal(housemate)  pulak ada majlis tahlil petang tu..mintak tanya pakcik bole supply kuih tak ptg ni..aku lah pulak jadi ajk makanan hehehe..satu masa 3-4 kerja aku buat hari tu..kat umah makcik..itulah pengalaman dapat tgk makcik masak kuih. sedia makanan, kuih untuk berniaga petang tu..masuk dapur makcik..teringat kat mak kat kampung..aku ni dapat sembang ngan mak, rapat dgn mak kat dapur la..ok kat rumah makcik..tumpang solat zohor..pastu terus gi hotel amik ustaz..flight ustaz kul 5.30pm..kami gerak kul 2.45pm terus ke kl sentral..

dalam perjalanan..sepanjang dalam kereta tu..kerja ustaz menaip jer..draf untuk bab kedua..balik hotel pagi tadi ustaz da siapkan bab 1..dalam kereta ustaz dapat siakan bab 2 tapi sampai muka surat 6 jer..dah sampai kl sentral..kul 3.40 aku belikan ustaz tiket ERL ke KLIA..di sana kami berpisah..pulang ke rumah masing2 dgn tugas untuk siapkan draf..aku dgn kerja mendesign, ustaz dgn kerja nak siapkan draf untuk design..lagi 2 muka surat ustaz emailkan malam tu..so malam tu aku pun start buat kerja..balik dari kl sentral aku ke brickfields ada meeting untuk jurnal, sampai je umah ptg tu..terus tido..nikmatnya tido..hehehe..bgn je dah kul7pm..sedar2 dah gelap..kul 7.30 kena ada kat office faisal..ada majlis tahlil..time tula aku kena gi amik kuih kat rumah pakcik..tunjuk jalan kat budak2 umah lain gi office faisal..time tu jgk client lain call..fuhh..bole jadi gila seketika..30 minit yang penuh dgn tekanan..akhirnya aku terlepas bacaan yaasin malam tu..aku sempat iring bersama doa jer..sebab aku gi office dulu, hantar member2 umah..patah balik gi amik kuih..patah balik gi office..then solat isyak..makan2..jam 10.30 sampai rumah..kerja tak start lagi..kul 12 ustaz call..gtau dia dah hantar 2 pages untuk bab 2..huh malam tu kami kerja jarak jauh..aku kat rumah design dari jam 12.30 sampai kul 5.30..tunggu subuh jap..esok dah jumaat..jam berapa aku pun tak sedar aku tido..bgn jer dah nak jumaat..fazdli tolong aku design..(partner aku)kami bahagikan 2 bab tu..aku amik bab 2 dia amik bab 1..sambung yg aku dah siapkan..so daripada pas jumaat (22hb) sampailah ke jam 3.00am (24hb) aku tak tido langsung…

masa nilah macam2 pengalaman aku nak cerita..tapi bukan sekarang..ni pun dah panjang..hehehe..aku stop dulu..nak tido jap..esok nak puasa lagi…nak kena bgn masak sahur..so esok ada masa aku sambung lagi..so malam ni aku nak end dgn satu lagu lagi..hehehe..layan..jgn tak layan..nasyid dah kerap kita layan dak..kesian korang..dalam blog aku tak der lagu nasyid ek..mesti korang ingat aku ni tak suka nasyid..hehehe..biarlah apa korang nak pikir..bukan tugas aku nak pikir apa korang pikir..yg penting aku tau sapa aku, apa aku minat..apa aku buat..aku just jadi diri aku..yg sebenar..yg mengenali aku..dia tau siapa aku..yg tak kenal..inilah aku..yg baru kenal..welcome to my world..

nasyid itu hiburan..muzik itu hiburan,nyanyian itu hiburan, bagaimana kita menerima hiburan itu..itu yg menjadikannya baik atau buruk..jangan kita jadi org yg melampaui batas..itu adalah sifat org yg zalim..jika kita terima nasyid sebagai hiburan yg sihat..jadilah ia pahala dan baik untuk kita..andai terima selain dari nasyid..mengambil iktibar dari penyampaiannya..bukan memuja..bukan menyanjung..bukan melalaikan..maka ia juga satu nikmat dalam bentuk hiburan..
INGAT..jangan sukakan lagu tu kerana penyanyinya..itulah yg menjadikan ianya memuja..dipuja..artis dipuja, tetapi intipati lagu tu..apa yg ingin disampaikan..nasyid sekali pun ia baik untuk jiwa..tetapi jika dipuja penyanyinya..sudah hilang naskah ibadah dalam diri..sukalah sesuatu sejakarnya..itulah sebaik-baik sifat..be yourself!so malam ni..lagu kita be yourself!

Be Yourself

Someone falls to pieces
Sleeping all alone
Someone kills the pain
Spinning in the silence
She finally drifts away
Someone gets excited
In a chapel yard
And catches a boquet
Another lays a dozen
White roses on a grave

Yeah
And be yourself is all that you can do, yeah
To be yourself is all that you can do

Someone finds salvation
In everyone
Another only pain
Someone tries to hide himself
Down inside himself he prays
Someone swears his true love
Until the end of time
Another runs away
Separate or united
Healthy or insane

Yeah
And be yourself is all that you can do
[all that you can do]
To be yourself is all that you can do
[all that you can do]
To be yourself is all that you can do
[all that you can do]
To be yourself is all that you can do

Even when you’ve paid enough
Been pulled apart, or been held up
With every single memory of
The good or bad, faces of luck
Don’t lose any sleep tonight
I’m sure everything will end up alright
You may win or lose

But to be yourself is all that you can do, yeah
To be yourself is all that you can do, oh [x3]
[all that you can do]
And to be yourself is all that you can
To be yourself is all that you can
Be yourself is all that you can do

24
Jun

Kau bukan 12

Dalam 2 ada 1,
dalam 3 ada 2,
dalam 4 ada 3,
dalam 5 ada 4,
dalam 6 ada 12,
Aku mencari di mana 7..
Aku jumpa di mana 7..
Aku hilang 8,
aku jumpa 9,
aku cari 10
hanya 11
kau bukan 12..
Kenapa kau wujud..
Aku tau kau ada..
Tapi kenapa kau cepat pergi,
aku perlukan kau..
Di sini..

sharx, PJ
250607