Archive for October, 2007

29
Oct

butterfly - performed by Ayumi Hamasaki

hmmm..lagu ni ttg perempuan yg mencari lelaki sebagai teman hidupnya..tajuknya butterfly sebab dia gambarkan dirinya sebagai butterfly..

hehehe..sinonimnyer wanita dgn kupu-kupu..

enjoy..

Ay, iyaiyai,
Ay, iyaiyai
A-a-a iyaiyai,
Where’s my samurai

I’ve been searching for a man
All across Japan
Just to find, to find my samurai
Someone who is strong
But still a little shy
Yes I need, I need my samurai

Ay, ay, ay,
I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky
Ay, ay, ay, I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky

I’ve been searching in the woods
And high upon the hills
Just to find, to find my samurai
Someone who won’t regret
To keep me in his net
Yes I need, I need my samurai

Ay, ay, ay,
I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky
Ay, ay, ay, I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky

Ay, iyaiyai,
Ay, iyaiyai
A-a-a iyaiyai,
Where’s my samurai

Ay, iyaiyai,
Ay, iyaiyai
A-a-a iyaiyai,
Where’s my samurai

[Ohhhh, ohhhhh, ohhhhhh]

[Ohhhh, ohhhhh, ohhhhhh]

Ay, ay, ay,
I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky
Ay, ay, ay, I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky

Ay, ay, ay,
I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky
Ay, ay, ay, I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky

Ay, iyaiyai,
Ay, iyaiyai
A-a-a iyaiyai,
Where’s my samurai

Ay, iyaiyai,
Ay, iyaiyai
A-a-a iyaiyai,
Where’s my samurai

Ay, ay, ay,
I’m your little butterfly
Green, black and blue,
Make the colours in the sky

26
Oct

cerita sepi

hidup ini penuh dgn misteri..
bila kita rasa kita bersendirian..

akan datang perkhabaran yg cuba gembirakan kita..
menghilangkan kesepian kita..

cuma..
bila kita kembali ke dunia nyata..

kita sedar..
yang sebenarnya..

selama kita bersendirian..
mata hati kita baru terbuka..
menjadi teman melihat diri kita..

telinga hati kita menjadi pendengar setia kita..
mendengar segala luahan rasa jiwa..

mulut hati kita petah berbicara..
bercerita soal hatinya..kekecewaannya..kegembiraannya..kebahagiaannya..

namun..
semuanya hilang..
bila kita terleka dgn dunia..

di mana kita..
bila sendirian???

di mana aku..

ketika itu???

shaq 26/10/2007

24
Oct

Jangan Bermain Dengan Hati

"Nah..ambil benda ni..Apa ni? ..Hati aku..Hati kau?..Hmm…Kenapa kau sudi kasi pada aku?..Sebab kau sebahagian dari aku..Kau lebih dari seorang kawan..Terima kasih..Ianya bererti..Aku terlalu menghargainya..Oh ye ke?..Tapi maaf..untuk apa?..Sebab..Aku tak beri sepenuhnya..Cuma sebahagian sahaja..

Maksud kau…Aku pernah beri pada orang lain juga..tapi aku tak pernah beri kesemuanya..Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri..Mungkin aku takut..ia tak dijaga sebaiknya..Ia bukan seperti barang lain seperti duit, ..permata dan sebagainya.. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri.. Mistik?.. Kelakar bunyinya.. Mungkin, tapi itu realitinya… Ia berubah mengikut rentak hidup kau… Rentak perasaan orang yang aku beri…

Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar… Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap…. Mungkin akan terus mati untuknya.. Ia bukan benda percuma..Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih… Insan istimewa.. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.. Aku insan terpilih?.. Ya, kau terpilih.. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan.. Ia terlalu sensitif.. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku.. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka.. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa..

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja..

Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap..

Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan..

Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri.. Setiapnya terlalu mistik!.. Cuma satu yang kau tak mengerti… Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya…

Ada kalanya, mengambil masa yang lama…

Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala… Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka… Ia lahir atas satu kepercayaan… Dari situ,wujudlah kasih sayang… Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah."

24
Oct

cerita 1 syawal

assalamu’alaikum..

salam lebaran..salam keinsafan..salam fitrah..salam ukkhuwah..

alhamdulillah..selesai 1 bulan diiuji dgn dahaga dan lapar..yang menjaga ujian fizikal..ujian hati dan iman memerlukan kekentalan dan ketahanan pada minda dan nafsu..hati menjadi pengawal segala tingkah..samada buruk atau baik..semuanya datang dr hati..bukan lagi di bawah pengaruh bisikan syaitan..

kembalinya kita selepas medan perang puasa selama sebulan..usai sahaja takbir malam pertama syawal..tentera nafsu sudah mula dikawal di bawah pengaruh kerajaan syaitan..lihat sahaja waktu isyak pada malam aidilfitri..safnya sekerat mana dari awal malam pertama ramadhan..itulah..ada orang kata..pada malam pertama ramadhan..tentera manusia yang bertempur dgn iman turun menggalas iman yang penuh..bertempur ke akhir 23 rakaat..

tapi..tentera manusia pada malam 1 syawal..ramai yang gugur kerana desakan ketupat dan rendang..langsir baru dan baju baru..baju melayu dan baju kurung…maka hilang walaupun untuk mengusaikan 4 rakaat berjemaah..itulah kisah..di awal 2 bulan..yang menjadi iktibar buat kita semua..

syawal oh syawal..

aku punya kisah gembira dan duka..bahagianya penuh..kerana syawal kali ni..berkumpulnya semua ahli keluarga aku..beraya sakan..

1 syawal

usai solat subuh..aku dgn adik aku..dua teruna harapan makayah nih..hehehe buat kerja rumah..kemas laman rumah..ruang tamu..aku semalam sebelum tido dah ironkan baju melayu aku dan ayah..jubah mak dan adik..so pagi tu tak kalut sangat..just sedia untuk bersihkan diri..

usai mandi..sarapan..ketupat 3 biji..dah cukup buat aku..kami bersembang ramai-ramai depan meja makan..semua dah bersiap..si ieja dgn baju kurung hijau dia..anis maisarah dgn baju kurung kuning emas..(baju kakak dia 3 tahun lepas)..hehehehe..si fatin..dah siap dgn baju kurung..tahun ni..penuh anak buah.semua anak dara jer anak buah aku ni…famous lah rumah haji hasan lagi 10-20 tahun..anak dara comey2..lawa-lawa semua..along dgn ati 17 tahun, abby 16 tahun..nina 9 tahun..wani 7 tahun..intan 6 tahun..fatin dgn ieja 5 tahun..aina 4 tahun..farah 2 tahun..anis 11 bulan..ni anak-anak buah aku yg pompuan..coming soon bulan 11 dgn 12 ni..scan..perempuan lagi….aiiii…

dah siap semua, dah sedia…kami keluar ke masjid..mak dgn kereta..aku dgn adik aku..bermotor..hahaha..kat masjid jgn cakaplah..time nilah nak jumpa semua org..sekampung..abis keluar semua..tok long..mak long..tok nek long..tok chik long..tok cik ngajar aku ngaji quran masa kecik dulu pun ada lagi..semua lah jumpa..nak cakap sini.. pnjg lak listnyer..

jam 9.00 pagi..solat sunat aidilfitri dilaksanakan..erm..dah usai semua..khutbah..maka bertebaran lah kami..aku sempat jumpa senior sekolah rendah aku..anak cikgu aku jugak lah..sembang2 sat..sempat lagi dia cakap dia tgk aku masuk TV3 rancangan remaja lepas..aii..malaysia ni..tak la besar mana erk..hehehe..lain2..bertegur sahabat sekampung..zaman budak2 dulu..kecik2 zaman main tak ingat rumah tuh..pas subuh kua..sebelum mahghrib baru balik punya geng..hahaha..adeh..ni kalau buka cerita zaman ni..mau 6 tahun punyer cerita boleh keluar…yg best..jumpa awek lama lah…awek sekolah rendah…hahaha..siap mak dia ajak gi rumah lagi..yer lah..dia dah nak menikah..aku lah yg designkan kad kawin dia..mestilah jemput..

alhamdulilah..usai solat..dengar khutbah..yang kami satu family setuju..imam kena edit khutbah ..panjang sangat..masuk bab2 tak penting lagi..hehehe..tu lah..duduk dalam family yang semua ramai ahli akademik ni..campur korporat..mcm2 isu keluar..

10.00 pagi 1 syawal..raya time..masa ni..mmg dikhaskan untuk kami satu family..bagi duit raya apa semua..mmg time ni..aku beraya dgn mak ayah..bagi duit raya kat diorg..beraya dgn abang-abang..akak dgn adik..anak buah..tahun ni..duit raya aku kasi..semua lebih..hehehe..kat KL ni..nak bagi kat saper erk???

erm..tetamu pertama dari family pak chu..penuh serumah..melimpah..(ruang tamu jerlah..)hehehe…hall belakang..tak penuh..sembang-sembang…sekali keluar lagi topik aku masuk remaja..aii…famous jugak aku nih..hehehe…soalan paling tak best…bila nak kahwin..wawawa..rasa nak lari keluar ikut tingkap jer bila soalan tu ramai2 pakat tanya..cam takder soalan lain nak tanyer jer..hehehehe…

jawapan ringkas..calon sedang dikesan..hehehehe…

melangkau waktu ptg..rumah kami ditandang ramai sangat org..mmg 1st day aku dgn adik-beradik yg lain jarang keluar..makayah mmg stay kat rumah..ptg tu..tetiba lak..kami teringat kat mak ndak..semua nak pi..pakat pujuk makayah lagi..hehehe..at last..ayah pegi jugak..susah tul nak ajak ayah aku ni..hehehe..

so..pecah jugak lah tradisi makyah tak kua umah raya pertama..hehehe..sampai umah mak ndak..hehehe byk jer call..cari family kitaorg..takder kat rumah..kan dah kecoh..tu lah..mak cakap..tanak dengar..umah makayah aku ni..favorite house..cewahh..adik-beradik lain..byk berkumpul umah kami dulu..b4 gi rumah orang lain..sebab rumah kami kat pajak song..centre kepada tempat lain..tengah2..naik atas..lagi umah makteh..mak ngah..mak ndak..pak jang..so..semua dtg sini dulu..ke bawah..makcik..mak tam..tok jang..huhuhu..ramai tul..pak teh nan..hehehe..teh nan ni lagi lah..malas lah citer..hehehe..suka ngusik aku..lagipun..ketupat mak aku sedap..hehehe..tu yang semua suka..2nd day tu..kira tak jumpa  dah la ketupat…raya ke 8..mak aku raya 6 baru dapat jumpa balik..huhuhu..

ceritanyer begini…tahun ni..ape pun..umah mak ndak ni special skit..tu nak kena ziarah dia..puasa ke 15..malam 16 ramadhan..umah dia kena pecah kawaq (hehehe org utara panggil pencurik)hehehe…so..nak jugak tgk keadaan dia..tu yg satu family pi jalan2 sana..tgk dia..tgk rumah dia..tempat kejadian…jahat toi budak2 zaman la ni..umah org tua dah pun depa tak kesian..aii…tu lah..(sekadar nak melepaskan rasa tak puas hati)…balik dr sana..tak ke mana..just stay kat rumah jer..malam tu..ramai yg tido awal..aku pun tidoq awai jugak..

2 syawal..ermm…

nnti aku sambung erk…panjang citer dia..hehehe..nak buat kerja skit…

07
Oct

Australia..

ketika aku form 1..

aku sangat teringin nak ke sana..

cita-cita…bermula dgn impian…

nantikan kehadiran aku..

05
Oct

Puisi hatikah

hari tu..
sepatutnya..
gembira..
bila..
hatikah dtg..
memberi salam..
semua tidak dijangka..
hormat yg dia tunjuk..
ada makna disebalik rupa..
hatikah memberi kata..
suara aksara yang asal dari rasa
meletus dari jiwa yang dara
hatikah faham makna cinta
yang dia tau apa dilafaznya
adalah dari perasaan suka
hatikah cuba bertanya
sudikah aku menyambut tangannya
yang akan disarungkan tahta cinta
permata dari lubuk hatinya
apa aku yang bernama teruna
akan terima hatikah dara
hari tu..
sepatutnya..
gembira.

shaq 061007

05
Oct

If

if i could just go back..

if i could rub everything out..

starting with myself..

starting with..borrowing a jacket..