hampir berapa bulan menyepi..kembali menggagahi tgn tuk mencoret apa yg bersarang di hati hampir berbulan menyepi..sengaja mengambil waktu ini untuk kembali..moga ada revolusi diri yang membuatkan aku kembali dgn modal yang baru..sebagai insan baru..
takah angka 24 selamat dipadam 2 hari lepas..kini kembara 25 bermula..terima kasih pada yang sudi memberi ucapan..mendoakan kebaikan untuk hari mendatang..juga ada yang memberi lebih dari ucapan..amat berterima kasih..alhamdulillah..masih ada yang mengingati diri ini..walaupun terpisah beribu batu..namum..ingatan mendekatkan kita..di hari umur menjadi tua..
pada yang mengirim sms..yang menghantar kad..semuanya amat memberi kesan..sebagai insan..terharu dgn ucapan..doa dan harapan..amat membuatkan diri ini rasa bersyukur dikurnia kawan-kawan yang setia menanti 4 hb untuk menyambut bersama..angka usia dah menggenjak ke usia 25..bukan lagi usia untuk bermain..tapi jiwa anak muda masih menebal dlm diri..masih meronta untuk bermain..harapan semoga jiwa muda ini dapat dijinakkan dengan iman yang dikekalkan tiap kali ia bertambah..moga dapat dikepong nafsu yang cuba meraja di dalam jiwa..meliarkan darah muda aku..ini sahaja impian aku untuk tahun ini..menjinakkan diri supaya kembali kepada-Nya..
angka 25..semakin membesar semakin matang..semakin dewasa..dewasa..apa erti dewasa..jika mentaliti masih seperti remaja..apa itu matang..jika perangai masih seperti budak-budak..tapi..semua sifat tu pasti wujud dalam diri kita..cuma bagaimana kita menunjukkan sifat-sifat itu di khalayak yang menentukan tahap kedewasaan kita dan tahap kematangan kita..tak dinafi..aku masih macam budak-budak..aku suka alam budak-budak..aku gembira dengan usia remaja..tapi itulah realiti semalam..dan berpuluh tahun sebelum ini..dan ia akan kekal sebagai naskah pengalaman hidup aku..juga menjadi panduan dan rujukan ku dalam aku membuat keputusan di masa depan..
ilusi esok yang menjanjikan pelbagai cabaran..ranjau dan keputusan..yang menemukan aku dgn pelbagai pilihan untuk memilih jawapan kepada keputusan..yang pasti akan menuntut aku merujuk pengalaman selama 25 tahun yang lepas..menjadikan hakikat hari ini..satu titik tolak untuk memastikan perubahan untuk ilusi esok..
25 tahun hidup sebagai seorang pelajar..pelajar kepada guru bernama pengalaman..25 tahun membesar sebagai seorang anak..yang kadang jauh terpisah..hanya diikat dgn kasih dan sayang seorang mak dan ayah..25 tahun mencari teman dan kawan..kadang jatuh kerana ditinggalkan teman..kadang laju..terpaksa meninggalkan kawan..
semuanya coretan hidup..25 tahun bergelar manusia..25 tahun bergelar hamba..mencari restu untuk hidup di dunia..
pagi dlm byk msg yang masuk..satu msg masuk..
"alwayz go beyond expectation"
memahami msg ni dari seorang teman..
aku membalas..
"yup..
moving towards a new day..
think beyond the new day..
plan the best for the new day..
appreciate as we live in the new day.."
dia balas..
"…and also appreciate ourselves as what we are now today;the present moment.."
thank u so much pada semua yang bagi ucapan..doakan aku..
semoga Allah membalas inngatan dan doa dari korang semua..
terima kasih sudi menjadi teman dan kawan maya atau di dunia..
ilusi esok pasti lebih menarik..jika kita dapat bersama…
ok..
kembara 25 bermula..
Recent Comments