Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 19 yang bermaksud:
"Oleh itu..maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang yang beriman, lelaki dan perempuan."
membuka bicara dengan petikan firman..moga niatku ini dikira amalan..tulisan ini dikira dalam catitan kebajikan..bacaan ini memberi manfaat kebaikan..aamin.
Wahai Ilahi..janganlah Engkau mengazabku..
kerana aku telah mengakui dosaku..
Tiada ada siasat padaku selain harapanku..
atas kemaafan-Mu jika Engkau berkenan..juga prasangka baikku..
Betapa banyaknya kehinaanku kerana dosa
sedangkan Engkau Maha Tinggi
Pemilik keutamaan dan anugerah..
aku telah tergila-gilakan pada bunga dunia dan menghabiskan usiaku dengan angan-angan
orang lain menganggapku baik
padahal akhlakku benar-benar buruk
apabila Engkau tidak memaafkanku
aku sangatlah rugi..
mohon bersama doa…
Ya Allah sesungguhnya aku hamba-Mu..
anak dari hamba-Mu (lelaki)..
anak dari hamba-Mu (perempuan..
nasibku di tangan-Mu..berlaku bagiku ketetapan-Mu..
adil bagiku qadha’ atau ketentuan-Mu..
aku memohon kepada-Mu dengan segala asma-Mu yang Engkau miliki..
yang Engkau namakan diri-Mu dengannya..
atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu..
atau yang telah Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk ciptaan-Mu..
atau yang Engkau sentiasa sebut-sebut dalam Ilmu ghaib yang berada di sisi-Mu..
hendaklah Engkau jadikan al-Quran pewangi hatiku..
cahaya dadaku..
pelenyap duka laraku dan penghapus kesusahanku..
aku memetik doa yang diajar Baginda Nabi di atas..kala ini..doa itu menjadi sumber kekuatan dan keyakinan..ilmu untuk dikongsi..bertanya sahabat berkaitan doa ini..mereka berkata: "Ya Rasulullah..wajibkah bagi kita mempelajari doa tersebut?"..baginda menjawab: "Ya..bagi orang-orang yang mendengarnya wajib mempelajarinya." - hadith riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani..
hari ini..sugul mencengkam..kelibat kerja belum dimula..hanya mencari bait doa dan harapan..
alam akhirat itu amat hampir dengan kita ibarat di bilik sebelah..cuma sakaratulmaut yang menjadi pemisah ibarat dinding..kebimbangan terhadap kematian..tapi wajarkan perlu takut kepada kematian..kecuali gusar..takut kerana amalan yang belum tentu mampu menyelamatkan diri di sana nanti..membelek diri..moga ada kesempatan membaiki diri..
aku merenung menghadap utara..ada ingatan yang mengalih pandangan aku ke sana..suara manja di telefon pagi tadi..masih terngiang menyebakkan aku..doa aku..moga ibuku selamat diberkati doa-doa ahli keluarga..sahabat yang mendoakan bersama..terima kasih atas sokongan semua..
kala ini..alhamdulillah ibu aku dibenarkan pulang dari hospital Alor Setar..rawatan susulan akan dibuat pada Julai nanti..dan jika masih berisiko..dengan kapasiti kepakaran yang terhad dan jumlah pesakit yang ramai..kemungkinan ibu aku akan menjalani pembedahan pada 5hb Ogos nanti..
semoga apa yang bermanfaat dari coretan ini..pahala kebaikannya disampaikan bersama kepada ibu aku yang melahirkan aku..juga kepada sahabat-sahabatku..yang mempunyai ibu yang dalam keadaan mungkin seperti ibu aku..doa aku..semoga diberikan kekuatan dan kental untuk menghadapi kesulitan..ibu hanya seorang dalam dunia..hilang permata itu..akan kurang satu sinar dalam dunia..
peringatan aku untuk diri aku…juga teman..semoga peringatan dari Allah ini kita jadikan panduan..
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya."
al-Ahqaf : ayat 15
semoga bermanfaat..
"SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (al-Baqarah: 156)
Keterangan Ayat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar
umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar
mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut
untuk membaca doa tersebut di atas.
Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di
atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan
mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini
bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara
yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)
Khasiat dan Kaifiat Beramal
Ayat di atas disebut ketika:
* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen. - utusan malaysia
wallahu’alam..
Recent Comments