Archive for May, 2008

29
May

impian

"Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu." az-Zariyat:22

jika yang memberi rezeki itu adalah Allah..maka mengapa manusia itu perlu menjilat dan mengapa mesti merendah diri di hadapan orang lain hanya kerana ingin mendapat rezeki dari sesama manusia?

"Dan tidaklah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya." Hud:6

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu." Fatir:2

aku melihat diri..betapa rezeki itu telah pun ada di depan mata..betapa rahmat itu begitu dekat dengan aku..cuma syukur itu..kadang sangat lewat hadir untuk menunjukkan tanda terima kasih pada Sang Pemberi..

impian begitu besar..keinginan begitu kuat..azam pun datang..menghenyak-henyak..menghentak-hentak naluri untuk membuat kerja..demi mendapatkan apa yang diimpi..sehingga kadang..terasa puas..bila apa dihajati..berjaya dinikmati..kerana dilaksanakan dengan kerja dan hasil dari titik peluh sendiri..

Engkau merangkak mencari mulia..
dan orang-orang mencarinya berusaha sepenuh jiwa menempuh keletihan..
mereka mengejar mulia hingga banyak yang jemu..
yang akan menemukannya hanya yang bersungguh-sungguh dan bersabar..
jangan menyangka bahawa mulia adalah kurma yang akan engkau makan..
tidak akan pernah engkau perolehi kemuliaan sebelum susahnya sabar..

malam yang sangat dingin..

mencari sepi..untuk lena..kembali ke alam mimpi..membuaikan cita..meneroka alam sunyi..mungkin akan bertemu hidayah Ilahi..

28
May

Fitness First

hehehe…

jom fitness first!!

27
May

inspirasi

0047 am..

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah) dan kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Begitulah dihiaskan kepada orang-orang kafir itu tentang apa yang telah mereka kerjakan.

Surah al-An’am:122

lama..sangat lama..menghilang dari alam maya..dari dunia blog..mencari nilai2 kekuatan..semoga ada sinar dan harapan kembali lekat di jiwa..malam ni..lewat malam baru balik dr satu perjumpaan..(meeting)..banyak yang dibincangkan..mengolah banyak persepsi..mengatur banyak strategi..cuma aplikasinya..masih mencari-cari..

larut malam ni aku cuma ada semangat dari kekuatan yang membawa aku ke malam ni..sedari awal pagi..mula melangkah keluar mencari rezeki..alhamdulillah..masih ada yang menanti..

masih dengan harapan semalam..dengan bayangan ilusi esok..hari ini..aku tempa dengan semangat yang sama..membina kekuatan dari baki semangat semalam..banyak bermain di kepala..soal yang selama ini banyak menerjah bagai hilang sekejap..dikendur dengan harapan baru..memberi cerita baru..membuka dimensi baru..

uzlah aku..kembali mencari Dia..mencari kekuatan dari Dia..mengharap bantuan dari Dia..memang aku manusia..tak mampu penuhi setiap kehendak manusia lain..aku cuma aku..yang masih manusia..sama seperti kamu..aku masih aku..tak terlepas dari ada satu rasa..dijana dari hati yang sama..zahirnya..cuma batinnya..biar rambut sama hitam..hati masih lain-lain..

uzlah aku..kembali kepada aku..siapa aku..apa aku..di mana aku..kenapa aku..ke mana aku..aku..panggilan aku begitu dekat dengan jiwa..bercakap dengan hati..cuba memujuk jiwa memerdekakan hati dari minda yang selalu membawa soalan-soalan dunia..persoalan hidup..takkan habis..selagi mati belum datang menjemput..

ada orang..sanggup mencari kehilangan kita..demi mencari kepentingan diri..ada orang..sanggup melepaskan kita..demi mencari kepentingan kita..apa pun kita..tetap kembali kepada siapa kita..kadang kala kita penting..bila kepentingan di depan kita..ada masa kita hanya insan biasa bila kepentingan lain mendahului kita..

uzlah aku..mencari kepentingan aku..aku hidup untuk manusia..atau aku hidup untuk aku??..kembali kepada aku..pada siapa aku hidup..kepada siapa aku akan mati..nilai hidup sehebat mati..sebab matinya aku..bermulanya hidup aku..jadi ke mana aku??..kalau bukan mencari mati..mencari Dia..

mati aku sangat pasti..bila sampai masanya..seperti dijanji..aku pasti pergi..

uzlah..mencari inspirasi hidup..dan angan-angan mati..jika bukan mati yang menjadi pendorong..pasti kita hidup selamanya..

aku pergi..untuk menyendiri..bukan kerana aku mati..tapi hati ini..kian mati..hanya badan..hidup sendiri..

orang yang paling berakal..ialah orang yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat..dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya..

uzlah aku..masih jauh..

mencari inspirasi..

buat diri..

0112 am

27
May

intai

Rakuslah menghimpun keutamaan dan tekunlah
abaikan celaan si pendengki
ketahuilah bahawa usia itu adalah saat-saat kebaikan diterima
dan selepas kematian kedengkian itu terputus dengan sendirinya

masih mencari-cari..
sinar harapan dalam golak hati..
galak menari menepi citra..
haruskah idaman dibiar mati..
hanya kerana gesaan si cela..
meminta dunia meninggikan langit..
menghukum tanah kerana kuningnya hijau..
lembah ini penuh ranjau..
tak siapa kenal jiwa yang sesal..
kudis hati mengering memarut kekal..
jiwamu mati dek kurangnya akal..
siapa tahu jiwaku bertuan..
hanya bila merasa tuhan..
biar pun hilangnya kawan..
hidup tetap berteman..
senyuman itu kuhadiahkan ringan..
tersipu pergi bila manisnya hilang..
intaiku masih harapan yang terang..
semoga hidup ini ku lalui tenang..

orang lain akan sibuk mengumpatku hanya kerana roti bahagian mereka lebih kecil dari bahagianku..dan jika tidak ada seorang pun dari mereka yang kehausan maka mereka tidak akan mengusik kematianku dan kematianmu..

shaq27052008

26
May

uzlah

Aku diam dalam kesunyian dan tinggal dalam rumahku
ada rasa tenteram dan tumbuh berkembang kebahagiaanku
kuputuskan hubunganku dengan sesama manusia dan aku tidak peduli
adakah pasukan sudah bertolak atau panglima sudah menunggang kudanya

pertemuan dengan manusia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah,
kecuali hanya menambah percakapan yang tidak perlu
kurangilah kekerapan bertemu dengan mereka selain untuk menuntut ilmu atau berbuat baik…

18
May

LIFE - DREAMS = Jobs

Life..

it’s always bout life..what can we say bout life than having it in our life..(hmmm…)

life-dreams=jobs…hmmm what a simple formula with a great meaning..and the formula..kinda true what..

people always judging things..what happen in front of their eyes..

what they saw..what they heard..what they felt..making the judgement more to a specific term…a fact..

but some fact..can be true..can be wrong..can be doubt..need a prove..to be told as a fact..

i live my life in some of this term..and now..my life is base on this formula..life-dreams=jobs..

my dream to be with my family this weekend..being rubbed off from my planner..coz a job that need to be fulfill..

maybe i need more practice with my bowling skills next weekend..(hoho…strike..and 99999..huhu..some maybe know what i’m  talking bout..hehehehe)..bola senget!!!hehehe…