hampir dua bulan yang lepas..setelah medapat tahu mak aku ada mengidap kencing manis..(peringkat awal..)..aku mula berkira-kira ttg masa depan aku..walaupun ayah aku sihat..hanya mak aku yang mendapat penyakit ni..risiko untuk aku..dah ada 25%..bermula dari bulan lepas..aku mula menilai kesihatan aku..kesedaran untuk menjaga nikmat yang dipinjam..tubuh ini..sudah menjamah macam-macam nikmat makanan..sayangnya..maintainance dari sudut lain..aku abaikan..(sekadar berjogging..belum cukup andai pemakanan masih tak dijaga)..kini..dengan usia 25 tahun..aku kena fikir jauh..aku inginkan kehidupan yang sihat..alhamdulillah..aku bukan seorang perokok..(bau asap rokok pun dah start pening)..jadi satu simtom org laki aku dah dapat jauhi..cumanya..kencing manis..silent killer selain dari penyakit jantung..mula memberi kesedaran..dan memberi renungan dalam tika uzlah aku..walaupun aku masih bebas dari segala penyakit tu..cuma langkah berjaga-jaga..berhati-hati dalam aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan..mula aku titik beratkan..
impian untuk memiliki kehidupan yang sihat..keluarga yang sihat..akan musnah..andai aku..yang merosakkan tubuh aku sendiri..
untuk renungan bersama..aku selitkan..info tentang kencing manis..renungan buat kita bersama..
Dianggarkan antara 10 hingga 15 peratus orang Malaysia menghidapi
penyakit kencing manis jenis II dan hampir 20 peratus lagi mempunyai
pra kencing manis. Malangnya, lebih 50 peratus daripada mereka tidak
menyedari menghidapinya. Yang menakutkan ialah bukannya penyakit itu
sendiri. Namun jika seseorang itu menghidapi penyakit kencing manis,
dia menghadapi risiko lebih tinggi untuk menderita tekanan darah
tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung kongestif, neuropati, masalah
seksual, osteoporosis, kanser, katarak, kegagalan buah pinggang dan
penuaan pramasa.
Memahami dua jenis penyakit kencing manis (jenis I dan II)
Mereka yang menghidapi kencing manis jenis I (kencing manis
bergantung insulin) akan mengeluarkan hanya sedikit sahaja ataupun
tiada langsung insulin, manakala dalam penyakit kencing manis jenis II
(kencing manis tidak bergantung insulin) pankreas terus membuat insulin
tetapi badan kita mewujudkan penentangan terhadap kesan insulin itu,
maka gula darah tidak dapat memasuki sel-sel dengan cekap sehingga ia
menghasilkan paras gula darah yang lebih tinggi.
Apa sebenarnya kencing manis?
Apa yang kita ketahui tentang kencing manis jenis II hanyalah
penghuraian tentang gejala dan akibatnya. Apa yang kita selalu lakukan
ialah merawati gejala sahaja iaitu kandungan gula dalam darah yang
tinggi dan bukan merawat penyakit sebenar secara dasarnya.
Rawatan yang hanya menumpukan usaha untuk merendahkan gula darah
dalam kencing manis pada masa yang sama akan meningkatkan paras
insulin; ini akan memburukkan lagi keadaan bukan mengubati masalah
kepincangan komunikasi metabolik.
Apakah faktor yang menyebabkan kencing manis jenis II?
Disglisemia - Penentangan insulin dan kecacatan pengisyaratan leptin
Pesakit kencing manis jenis II dan pra kencing manis akan mengalami
disglisemia. Ia keadaan yang melibatkan pelepasan lebih banyak insulin
daripada yang boleh ditangani oleh reseptor sel. Penentangan insulin
pada umumnya berlaku sebagai tindakbalas terhadap obesiti (kegemukan)
dan/atau kurang senaman. Faktor lain termasuklah pengambilan
karbohidrat berlebihan terutama gula dan kanji (nasi, roti, pasta,
keropok, kuih- muih, bijirin sarapan pagi, dll). Bahan dalam makanan
ini akan menaikkan paras glukosa darah secara berlebihan dan sebagai
tindakbalas, pankreas akan melepaskan lebih banyak insulin. Tidak lama
kemudian, reseptor sel itu akan menjadi tepu, malahan mungkin tertutup
sama sekali dan tidak berfungsi lagi. Oleh itu glukosa dan insulin mula
terkumpul dalam aliran darah.
Mengapakah keadaan ini berlaku?
Satu sebabnya ialah kekurangan faktor toleransi glukosa (GTF). Ia
wujud secara semulajadi dalam struktur badan terutama dalam hepar. Ia
membantu mengaktifkan kegiatan insulin dan mengekalkan metabolisme
glukosa yang sihat. Adalah dinyatakan bahawa apabila badan kita
kekurangan GTF, insulin akan mengalami keaktifan yang rendah. Glukosa
yang memasuki aliran darah tidak dapat diangkut dengan cekap ke sel
kita dengan itu mengakibatkan kenaikan paras glukosa darah yang tinggi.
Satu sebab lain ialah kecacatan dalam pengisyaratan leptin. Hormon
leptin sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap ketepatan
pengisyaratan insulin dan menentukan sama ada seseorang itu akan
menjadi penentang insulin atau tidak. Leptin, sejenis hormon yang
dikeluarkan oleh lemak memaklumkan kepada badan dan otak berapa banyak
tenaga dipunyai, sama ada memerlukan lebih banyak tenaga (memberi
isyarat kelaparan), atau sama ada ia patut membuang sedikit tenaga
(tidak kelaparan) dan apa yang harus lakukan terhadap tenaga yang
dipunyainya itu (mengeluarkan semula, meningkatkan kawalan pembaikan
selular, atau tidak).
Perubahan gaya hidup
Perubahan terhadap gaya hidup perlu dilakukan untuk mencegah dan
mengawal penyakit kencing manis. Di sini disyorkan beberapa langkah
yang praktik:
1) Rancang pemakanan - apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu:
i) Hapuskan atau kurangkan pengambilan gula - fruktosa, glukosa,
sirap jagung, madu, gula sirap, sirap mapel dan jus buah-buahan.
ii) Kurangkan pengambilan karbohidrat tidak berserat: karbohidrat
kompleks seperti ubi kentang, nasi, bijirin, pasta, roti, kuih- muih,
kek dan pastri.
iii) Makan lebih banyak makanan berserat tinggi, gantikan dengan karbohidrat mudah.
iv) Makan makanan yang mengandungi protein tinggi sihat seperti
ikan, telur, daging ayam dan daging putih yang lain dan lemak yang baik
seperti minyak zaitun.
2) Senaman
Senaman akan mengurangkan penentangan insulin. Bersenam setiap hari
membantu mengekalkan paras gula darah pada tahap rendah. Latihan angkat
berat intensiti tinggi dilakukan bersama dengan program pengurangan
berat badan yang sederhana, boleh membantu para pesakit kencing manis
jenis II memperbaiki pengawalan gula darah.
3) Suplemen semulajadi untuk pesakit kencing manis
Herba-herba penting
Herba-herba tertentu seperti kayu manis, banaba dan kunyit adalah
diketahui sebagai dapat membantu memperbaiki toleransi glukosa dan
menurunkan paras gula darah. Satu rumusan seperti itu yang saya gunakan
mengandungi pati larut air yang dipiawaiankan daripada kayu manis dan
dicampur dengan banaba. Kajian-kajian menunjukkan pati kayu manis yang
larut air boleh meningkatkan kegiatan insulin sehingga beberapa kali
ganda. Banaba, sejenis herba yang berasal dari Filipina mengandungi
sejenis jisim yang dikenali sebagai asid corosolic dan ia mempunyai
ciri-ciri yang dapat menurunkan glukosa darah.
4) Suplemen nutrisi lain
i) Asid alfa lipoik: Dianggap sebagai nutrien penting bagi para penghidap kencing manis.
Dos pengambilannya berjulat antara 50mg hingga 600mg bergantung kepada keparahan masalah itu.
ii) Vanadium: Ia telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan glukosa
bagi mereka yang menghidapi kencing manis jenis II dengan meningkatkan
sensitif insulin. Kerana kemungkinan kesan-kesan seperti insulin yang
diperolehi daripada vanadium maka kekurangan mineral surih ini
hendaklah sentiasa dijaga bagi mereka yang mengalami ketidaknormalan
gula darah.
iii) Kromium: Meningkatkan bilangan reseptor insulin pada sel-sel dan juga kegiatan reseptor tersebut.
iv) Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan Biotin merupakan pembawa
tenaga bio dalam metabolisme selular; meningkatkan keberkesanan
metabolik, terutama sekali pada sel-sel hepar, unit pusat bagi
metabolisme badan.
v) Vitamin E: Bertindak sebagai pelindung antioksidan bagi membran-membran sel.
vi) Vitamin C: Membetulkan ketidakseimbangan selular yang disebabkan
oleh paras gula darah yang tinggi, menyumbangkan terhadap keperluan
insulin yang lebih rendah, mengurangkan penyingkiran glukosa dalam air
kencing dan melindungi dinding- dinding arteri.
vii) Minyak Ikan: Minyak ikan atau Omega 3 telah pun terbukti
sebagai dapat membantu menurunkan gula darah. Ia juga mengekalkan
aliran darah yang sihat, terutama sekali dari segi peredaran mikro dan
juga ia mempunyai sifat anti inflamasi yang mujarab.
Jika anda seorang penghidap kencing manis atau pra kencing manis,
maka keperluan nutrisi anda adalah berbeza. Oleh yang demikian,
pilihlah multivitamin dan suplemen mineral yang telah diperkuatkan
dengan asid alfa lipoik, vanadium, kromium dan biotin yang berpotensi
lebih tinggi serta ditambahi dengan ramuan yang tersebut di atas demi
untuk mengoptimumkan kesihatan dan mencegah penyakit.
wallahu’alam
Recent Comments