Archive for August, 2008

31
Aug

al-Fatehah

berita dari cik Ummu Hani..bapa kepada sahabat kita..Saudari Faiz dijemput Allah kembali ke rahmatullah..jam 9.00 pagi 1 Ramadhan 1429H..sama2 kita merafa’kan doa dan Fatehah semoga arwah bapanya juga kepada seluruh arwah-arwah yang telah dijemput menemui al-Khaliq..

al-Fatehah..

31
Aug

Indahnya Saat Bersama-Mu

0136 a.m

lewat malam..jam sudah melangkah waktu-waktu 1/3 malam..dan malam ini..bukan seperti malam-malam biasa..seperti yang biasa aku lalui..kita lalui..malam ini..sinar bintangnya lain..gelap langitnya sangat berbeza..dan dunia kala ini bertasbih..hidup dan dipenuhi cahaya keberkatan..

aku lewat ini..masih berjaga..ingin lelapkan mata..cuba..tetapi..hati ini..begitu kuat menyuruh aku menulis..menyampaikan sedikit tulisan..habuan amalan..pembuka bicara di awal ramadhan..sedari sebelum terawih..mesej2 dan ucapan dari sahabat2 yang mendoakan kesejahteraan dan kenikmatan bulan ramadhan..saling pesan memesan..doa dan mendoakan moga amalan kita diterima..moga kita akan menambah lipatgandakan usaha amalan..mencari keredhaan..dan mencari ruang dan kesempatan..membaiki..memperindah..dan memperelokkan segala kekurangan..melengkapkan segala yang kurang sempurna..di bulan2 sebelum ini..

aku sendiri..semangat itu hadir..dengan sendiri..bulan ini..tanpa gangguan musuh utama kita..diberikan ruang seluas-luasnya..moga kita dapat dengan sekusyuk jiwa..hadir dan datang ke rumah-Nya..menurunkan wajah..sujud ke hadratnya..satu bulan..satu masa yang sungguh lama..di kala sungguh pantas masa bergerak..

Allah itu..sangat sayangkan kita..kala ini..kita masih bernafas..aku ini masih mampu menulis..dan saudara sekalian..masih mampu membaca tulisan ini..itu jua nikmat..yang jarang juga kita sedari..dalam banyak2 mesej…ada satu mesej..yang sangat menyentuh sanubari aku..sangat menginsafkan aku..sangat memujuk hati aku..

benarlah..

sering kali juga..aku berpesan pada sahabat..juga adik2 yg lain..there’s a different..between knowing the path..and walking the path..

alhamdulillah..aku sempat pulang ke kampung..dan kala ini..aku bersama keluarga..ibu dan ayah..adik..abang..dan akak sekeluarga..kami bersama..menyambut ramadhan..sedikit jamuan kelurga..diadakan..untuk mencari ruang merapatkan hubungan kekeluargaan kami..semalam..selamat aku sampai ke kampung..juga dengan satu misi..untuk hadirkan diri..ke kenduri arwah sahabat aku..kawan sepermainan tika kecil..juga sahabat baik..kala dewasa..

ketika arwah ayahnya pergi dijemput Allah..aku di kuala lumpur..tidak dapat pulang bersama..mengikutnya meneman jenazah arwahnya ke kubur..dan aku dapat bayangkan..bagaimana perasaan sahabat aku..kehilangan seorang ayah..ingatan aku begitu bersyukur..masih memilki 2 orang permata..dapat bersama mereka..kala ramadhan datang menyapa..tapi..sahabat aku ini..mesej sms nya..memberi sejuta makna..memberi seribu inspirasi..menunjukkan betapa dia ingin menyedarkan temannya..agar menghargai masa..menghargai usia..menghargai ibu bapa..

alhamdulillah aku sempat bersama kenduri arwah..dapat berjumpa dengannya..dapat memberikan kata simpati..di riak wajahnya..terserlah kekuatan arwah ayahnya..kematangannya juga sudah terlihat..dia sudah tabah..menerima tanggungjawab pemangku ketua keluarga..aku simpati..sungguh..berat tanggungjawabnya..tambah pula..datangnya ramadhan..menambah lagi sedikit pilu di jiwa..hati mana tidak rindukan manja dan bicara ibu bapa..

dari mesejnya..aku terkesan dengan ingatannya pada arwah ayahnya..lelaki..bila sesekali berbicara serius dalam cinta pada ibubapa..bunyinya..akan mengusik jiwa setiap membacanya..nada ringannya mampu menggoncang jiwa yang mabuk pada cinta dan kasih pa ibubapa..pada janji Allah..

arwah ayahnya dijemput diusia agak muda..dan tika ayahnya di hospital pun..dia kadang cuba juga sembunyikan riak gusar dan khuatirnya..namun..teman mana yang tak mampu membaca keluh dan gusar teman sebaik dia..jauh di sudut hati..dia amat membimbangi keadaan ayahnya..

ramadhan ini..sangat dekat dengan kematian..kita tidak bole agak..ajal kita..mungkin ramadhan ini kali terakhir..mungkin juga..tahun depat yg terakhir..mungkin tidak akan bertemu lagi ramadhan akan datang..nyawa ini..di Tangan-Nya..hati ini milik-Nya..bergembiralah pada yang dilemparkan hidayah di bualan ini..yang mengkusyukkan diri membaca ayat-ayat-Nya..yang berusaha mendekatkan diri kembali pada-Nya..

lihatlah sekeliling..tangislah nikmat yang ada sekarang..bukan dahulu..bukan akan datang..syukurilah apa yang mampu kita peluk sekarang..peluklah sepuasnya..dakapilah sepuasnya..ratapilah kehadiranya..bukan tika kehilangannya..Allah telah mendengar doa kita..memberikan peluang kita mencari masa..melipatkan usaha di bulan ini..kita adalah hamba terpilih..dipilih untuk cuba memperbaiki mutu amal kita..mengikut standard ISO Allah..jika kemahuan bos kita mampu penuhi..jika arahan majikan mampu kita penuhi..jika pekeliling syarikat mampu kita penuhi..jika kejian dan makian orang atasan mampu kita tahani..jika ego dan amarah kita diuji di pejabat..kenapa tika bulan penuh dengan ujian ini..kita tak mampu lakukan..

sebulan..satu tempoh masa yang sangat panjang..diberikan Allah..khas untuk kita..hamba terpilih..bukan sebarang hamba dapat masuk ke bulan ini..diterima untuk beribadat kepadanya..ruang kosong ini..cubalah kita penuhkan..dengan ingatan..dan zikir yang pada dengan kemampuan..

ingatlah..musuh nombor satu bulan ini..bukan syaitan..tetapi adalah nafsu..bulan ini..bulan mendidik nafsu..jihadlah ia..semoga kita mampu mengawalnya..
secantik arahan Allah agar kita berjihad melawanya..

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya."
al-Hajj : 78

dan dalam firman lain..

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) allah adalah beserta orang yang memperbaiki amalannya."
al-Ankabut : 69

kita..adalah yang terpilih..jika doa kita tiap kali selepas solat..memohon diberikan petunjuk..diberikan nikmat kesihatan..diberikan ruang untuk beribadat..maka..doa kita telah didengar Allah..kita adalah yang terpilih..dari jutaan umat dan hamba-Nya
untuk menikmati kelazatan dan kenikmatan..keindahan..saat bersama Allah..di bulan yang paling mulia ini..Ramadhan..

salam ramadhan..salam ukhuwwah..

moga tulisan ini..bacaan ini..dikandungkan bersamanya sekelumit pahala ibadah..buat aku yang menulisnya..dan buat kalian yang membacanya..moga ingatan kita terarah kepada-Nya..nafsu kita menunduk mengikut kemahuan kita..

mohon maaf..atas segala kesilapan..kesalahan..sepanjang penulisan di ruangan ini..kemaafan kalian..penyambung tinta amalan aku..dalam usaha..mencari saat indah..bersama-Nya..

wallahu’alam..

0217 a.m pajak song..pulau pinang..1 Ramadhan 1429H

22
Aug

hari bahagia

0224am..

baru dapat mengadap laptop ni..sekembali dari rawang..perjalanan malam yg sunyi..macam2 perkara menghambat di belakang kepala..apa yang ditulis semalam..banyak juga yang berbekas..menghimpit mencari ruang untuk aku fikirkan..perjalanan pergi hampir 40 minit..masa pulang tadi sekitar 20 minit..sudah cukup untuk aku memikirkan soal masa depan..perancangan..dan tindakan untuk kepentingan semasa..

sepetang td..hampir 2 jam aku habiskan di digital mall seksyen 14..mencari gadget baru untuk diri sendiri..langsung tidak bekerja sepagi dan sepetang..menanti malam sahaja ada meeting di batang kali..

hampir setengah jam aku di dalam KFC..duduk berseorangan..sambil memerhati suasana luar..di tingkat atas..hujan lebat..menyejukkan suasana..banyak perkara bermain di fikiran..tapi..seakan satu perasaan tenang hadir bersama aku..aku hari ini seakan tenang..bahagia..seperti langsung tidak ada masalah..mungkin doa pagi semalam..aku hadirkan sedikit bahagia..buat menenangkan keresahan aku..memikirkan segala gelodak nafsu dunia..

sungguh..bahagia ini..sangat jarang aku rasa..bebas dari beban kerja..otak yanag rasa segar dari masalah seketika..gatal tangan aku..mencuit mencari nombor2 rakan dan kawan..menghantar mesej nakal..sengaja aku menulis aku mencari ketenangan..ada yang membalas serius..ada yang membalas bernada gurau..terima kasih pada mereka yang tak sunyi sentiasa bersama aku..kala gembira..kala sedih..kala senang dan kala susah..sahabat ini..sukar untuk dicari..yang mampu mengesan kesedihan hati juga riak gembira aku..

bahagia aku mungkin ditambah dengan kelapangan aku melawat blog2 kawan yang juga membaca email mereka yang menghantar tapi masa aku untuk membaca terhad pada masa tu..pada diyana..adik zati..faiz..ummu..kak jue..(apsal la nama perempuan jer yer..sekadar menyebut beberapa nama heeee…)..hehehe..teman2 yang antaranya sudah berjauhan..tiada langsung kelibat dapat bersama..(..ada yang buat permintaan nak makan char kuew teow mcm dulu2 pun ada..kat warung tepi jalan kat kerinchi)..

sungguh..ada masa..kita rindukan saat muda..zaman tanpa ikatan kerjaya..ikatan tanggungjawab..tapi..umur kita makin dewasa..yang pasti menuntut kita menjadi seseorang..dengan kerjaya..dengan tanggungjawab…aku syukur nikmat yang dikurniakan..kawan2 yang sentiasa ada..ada masa sukar untuk kita dapatkan kepercayaan dari mereka..harus dibuktikan dengan sejuta alasan..hanya untuk dapat tiket sebagai kawan..ada yang baru sepuluh minit bertegur..tapi ibarat seumur hidup berkawan..

kawan..yang menghargai kawan..aku turut rindukan masa-masa lalu..cuma..priority aku sekarang adalah masa-masa akan datang..aku cuma berbaki lima tahun lagi..untuk pastikan aku teguh dalam matlamat aku..setengah jam di dalam KFC tadi..ilham hidup datang menyapa..memberi aku panduan dan pedoman..meliku dan melakarkan jalan baru..menuju matlamat..

pagi tadi..aku ada terfikir..lately..sejak dalam 3 bulan lepas..aku sangat teruja bermain sudoku..sangat suka..sampai beli set buku lagi..pada aku sudoku satu taktikal game..bukan sekadar menyelesaikan masalah nombor..ada moral value di sebalik permainan itu..

seperti chess..aku baru sedar persamaan sudoku dan chess..keduanya taktikal..bukan teknikal..aku mengenali chess ketika darjah 3..dan dari umur itu..aku bermain chess sehingga ke tingkatan 2..kemudian aku berhenti..apa yang alami..ialah chess sangat membantu..dalam bagaimana aku menyusun perancangan..kesabaran..penetapan matlamat..membuat strategi..berfikir sebelum bertindak..berfikir 3 langkah di hadapan..chess sangat menarik..dan benar..hasil dari permainan itu..aku sangat positif dalam langkah dan kritikal dalam menetapkan matlamat..dan ia melahirkan siapa aku hari ini..(sedikit sebanyak..selain dari ilmu lain yang menyokong pemikiran aku..)

sekarang..sudoku..sangat aku gilai..berbeza dgn chess,,kita ada opponent..yang ada langkah dan bersifat blocking..dua hala.. sudoku satu2 nya opponent..adalah diri sendiri..dan nombor2 yang menjadi blocker..sudoku adalah menyelesaikan 1 permasalahan iaitu memenuhkan ruang petak dengan angka yang selari dengan masalah diberi..tapi..uniknya..adalah cara menyelesaikannya..bukan satu..tapi berbagai cara..beribu langkah..pelbagai kaedah..dengan satu matlamat..tapi bersama sejuta cara untuk selesaikan masalah..(sangat menolong menajamkan minda dan mengasah akal..mempositifkan diri bahawa..penyelesaian masalah bukan mengikut satu skema..dan hidup bukan dengan satu arah..ada berjuta arah..dengan berjuta cara dan langkah..rezeki bukan satu pintu..tapi berjuta pintu..cuma kalau kita hanya tahu satu pintu..mungkin kita akan selesa dan berani dengan satu pintu itu sahaja..)..ishhh mcm best lak sembang bab ni..nanti try la cari masa kita bincang bab nih..hehehehe…

aku rasa..sudoku..jika dilatih pada kanak2..budak..aku yakin..mereka akan sukakan matematik..(kecuali pada awal2 lagi nampak sudoku..terus letak tepi..)..hehehehe..(tu susah la..)..sebab..number dan masalah matematik..sangat akrab..number dan sudoku juga sama..bukan hukum matematik diperlukan..tapi logik dan intuisi yang tinggi..kepakaran dan kepantasan mengenal ruang dan peluang..mencipta solusi dan menghitung masalah untuk diusaikan..sangat menarik minda..

ishh..baget nak cerita sikit jer..dah ngantuk dah..tapi dalam keter td..mata dah dipaksa celik..nak sampai umah..bila dah sampai..ngadap laptop nih..macam segar dan semangat lak..maklum la lama tak berceloteh..hehehe

pada mereka yang bahagia hari ini..aku daoakn terus berbahagia..(..dapat makan nasi kat tepi tangga tu..best tu kan..hehehe..ni tuk yg mesej bgtau dia mkn tepi tangga yer..)..pada yang bahagia dapat merdeka dari majikan..( ni yang call bgtau surat letak jawatan dah lulus…)..pada yang dapat projek baru dan mega..(..ni hehehe..aku kenal sangat bisnesman nih…)..tak lupa pada yang baru selesai jawab exam ptg td..mesej bgtau happy dapay jawab soalan dengan baik..dan pada sahabat aku..(ni..tak leh rahisa sebab dah femes..)..ummu hani..tahniah sangat sebab kelahiran anak kedua..(..hehehe..novel kedua yer..single lagi ni…)..tahniah dengan novel kedua dan kejayaan meraih tempat pertama dalam naskah novel utusan tu..sangat berbangga dengan kejayaan ummu sekarang..terima kasih juga hadirkan diri masa pelancaran pejabat shaq hari tu..terima kasih sangat..juga pada semua kawan2 yang lain..sempena jumaat ni..terima kasih lah…sama-samalah kita kongsi kebahagiaan hari ni..

terima kasih semua..

sorry agak panjang yer..

0301am..

21
Aug

kasut…

<!–
/* Font Definitions */
@font-face
{font-family:"Cambria Math";
panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4;
mso-font-charset:1;
mso-generic-font-family:roman;
mso-font-format:other;
mso-font-pitch:variable;
mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;}
@font-face
{font-family:Calibri;
panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4;
mso-font-charset:0;
mso-generic-font-family:swiss;
mso-font-pitch:variable;
mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;}
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-unhide:no;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:"";
margin-top:0cm;
margin-right:0cm;
margin-bottom:10.0pt;
margin-left:0cm;
line-height:115%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:"Calibri","sans-serif";
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:Calibri;
mso-fareast-theme-font:minor-latin;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;
mso-fareast-language:EN-US;}
.MsoChpDefault
{mso-style-type:export-only;
mso-default-props:yes;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:Calibri;
mso-fareast-theme-font:minor-latin;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;
mso-fareast-language:EN-US;}
.MsoPapDefault
{mso-style-type:export-only;
margin-bottom:10.0pt;
line-height:115%;}
@page Section1
{size:595.3pt 841.9pt;
margin:72.0pt 72.0pt 72.0pt 72.0pt;
mso-header-margin:35.4pt;
mso-footer-margin:35.4pt;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–>

0302am 

Malam yang sunyi..segala macam rasa ada dalam gelodak
kepala..antaranya memikirkan soal masa depan..soal hidup..soal
akhirat..persoalan yang pasti mencabut seketika rasa senang dalam jiwa..bila
mengingati..masih banyak lagi habuan akhirat yang masih aku belakangi..

Alhamdulillah..hidayah Allah itu masih ada..biar pun
sekelumit ia wujud..pada aku..itulah sebesar-besar nikmat hidayah..Allah masih
membenarkan jiwa ini disiram dengan air iman..sudah cukup buat aku..yang setiap
hari lalai..alpa dengan tugas dan tanggungjawab aku sebagai hamba..

 Nikmat dunia ini..ujian semata..wujud dalam pelbagai
rupa..sakit kadang menjadi ujian..kadang adalah nikmat..duit..selalunya ia
adalah nikmat..disebaliknya juga adanya ujian..aku diuji dari berbagai
arah..pelbagai sudut..semuanya menuntut jihad dan dugaannya makin lama makin
mengancam iman dan taqwa..

Hati ini sangat kecil jika dibanding dengan
nafsu..hati..sifat zahirnya dapat di nilai..sebab ia hidup bersama
jasad..tapi..nafsu ini..ia wujud..tapi tanpa dapat disentuh..Cuma dapat
dirasa..dilayan..dipuaskan..kerana adanya musuh hati ini..ia sentiasa menawan
hati..dari hati yang menawannya..akal aku sentiasa mati bila tiba masa
bertarungnya hati dan nafsu..kehendak mana harus dituntut..hati sentiasa
lembut..nafsu selalunya keras..lembut pada akal bukan nikmat..tapi keras pada
nafsu adalah nikmat..

Mengunyah makanan..semudah memenuhi tuntutan nafsu..sambil
duduk menuntut tuntutan iman..beradab..mengikut kehendak budaya..sopan dan
tertib..adalah dari ajaran Islam..dari sumber yang halal..melalui lunas2
taqwa..sangat indah aturan amalan dari kaca pandangan akal..bila masa hendak
laksanakannya..

Pastinya kita tanpa sengaja..makan sambil berdiri..dengan
ditangan masih berbaki..di mulut sudah dipenuhi..di dada berombak mahukan
lagi..tanpa disedari..sedang berdiri..hilang sopan..tertib apatah lagi..di mana
ajaran Islam..jika masih ingat ketika itu..

Kadang kala..itulah manusia..sangat indah berbicara..tapi
bila sekecil peristiwa makan..habis semua caca merba..baru dari sekelumit
ujian..sudah gagal di mata tuhan..bagaimana mengharapkan ujian yg lebih
besar..yang maha hebat ujiannya..

Seketika semalam..aku berbicara bersama teman..tentang
bagaimana Tuan Guru Nik Aziz..sangat cermat menjaga wudhuknya..hatta paip air ditutup
mahu elakkan pembaziran..tapi kita..jangankan ditutup..sehabis pulas paip
diputar..alasannya..mahu pastikan air sampai ke kawasan yang diratakan air..dua
jenis watak..Si Guru yang tahu membazir amalan syaitan..dan Si ‘Abid..yang
mahukan wudhuk yang sempurna tanpa sedar menjadi sahabat syaitan..

Bual bicara semalam..walaupun ringkas..tapi padat dengan
ingatan aku padasikap  aku..kadang..yang
sebesar KLCC nampak salahnya..sekecil pembungkus gula-gula Hacks di tepi kaki
kadang kita langkah pergi tanpa mata..

Tabiat..aku mula melihat diri ini..bila makin membiarkan
terjerumus tanpa usaha untuk berubah..akan kekal menjadi tabiat..tabiat
ini..akan kekal menjadi satu sifat dan sikap..nyata kemudina hari menjadi
perilaku yang tegar..sukar dibuang..

Ibarat seorang anak..diasuh solat..mudahnya hanya mengajar
gerak laku solat..langsung tidak dididik dengan ilmu kerohanian..menjiwai
kepentingan dan kehendak solat..sebab itu solat hanya menjadi perilaku..bukan
menjadi perlakuan..perlakuan diluar solat setelah dijiwai didalam solat..

Aku tak nafikan..aku sendiri kadang terabai solat..lalai dengan kerja..bila menginsafi aku jauh darinya..baru aku sedar..Allah
masih sayangkan aku..dicabutnya segala idea-idea aku..dihijabnya segala
kreativiti aku..dilemparkan segala rasa malas dalam jiwa aku..semuanya kerana
balasan aku melupakan Dia..Dia maha adil..aku tidak syukur dengan
nikmatnya..ditarik kembali segala nikmat itu..bukan selamanya..cukup untuk
mengembalikan ingatan aku kepada Dia..Maha Suci Engkau yang Pemurah dengan
kasih sayang-Mu..terima kasih kerana mengembalikan segala bakat aku kembali kepada aku..

Entah apa aku akan jadi..jika tiada langsung ingatan dari
Allah pada aku..mungkin aku dah leka..lalai..alpa..menjadi sehina hamba..yang
tak tahu berterima kasih..walhal..sebangun pagi..nikmat nyawa sudah
diberi..tapi bangunnya masih leka tanpa terima kasih pada Dia..menjamah makanan
pagi..segelintir sangat yang memuji Nya..tanpa segan tanpa menyebut
nama-Nya..membaham rakus nikmat dari-Nya..

Aku ini..hamba yang bagaimana??

Masih mencari diri ini..terleka aku sangat jauh..mencari
kembali bekas tapak yang aku tinggalkan..berkaki ayam dahulu..aku mencari
Dia..memohon diberi sepatu yang menghilangkan azab kaki..Dia berikan kasut..aku
leka hingga berlari mencari nikmat lain..lupakan azab..juga terus melupakan
Dia..bila aku penat berlari..aku pohonkan air..buat aku hilangkan dahaga..Dia
berikan air..tanpa balasan pun dipinta..aku puas..aku kembali bernafas..aku
kembali memanjat..mendaki gunung mencari harta yang segala manusia
dambakan..tapi hanya segelintar berjaya sampai ke puncak..yang lain syahid..aku
pohonkan doa moga diberikan kejayaan di puncak..Allah tanpa soal memberikan aku
puncak harta..dilimpahkan aku segunung harta..namun aku terus alpa..mengabaikan
dia..kini gunung itu menjadi rata..habis sudah aku kikis..aku kini menjadi seperti
dulu..dahulu aku memandang ke atas untuk berada dipuncak..kini kembali di
bawah..mula tersedar..di bawah dulu aku ada Allah..aku mula mencari Dia
kembali..tapi Dia..tidak pernah di bawah..Dia sentiasa di atas..memerhatikan
aku..mengenangkan aku kembali mencari Dia..Allah lemparkan sebelah kasut..jatuh
ke atas kepala aku..aku memegang..dulunya aku pernah ada kasut..tapi sekarang
hanya sebelah..aku lempar sahaja..semudah itu aku lupakan jasa
kasut..tiba-tiba..hujan turun..sangat lebat..aku lari..mencari teduh..aku
memaki..aku marahkan hujan..segala kerja aku mencari harta tersangkut..Allah
memandang..Dia tahu..dulunya aku pernah meminta air..kini aku memarahi Dia
walaupun kini dia turunkan selautan air langit untuk aku..hujan sudah
berhenti..tiada lagi gunung..aku putuskan untuk menggali..hujan sudah
melembutkan bumi..aku membelah bumi..Allah hanya perhati..dilemparkan sebelah
lagi kasut..aku aku jumpa akhirnya sebelah lagi..malangnya tadi aku sudah
membuang yang sebelah lagi..bodohnya aku kerana tidak bersabar..jika tidak aku
boleh kembali berlari..aku terus lempar kasut itu..hanya sekejap sesal
berputik..penat menggali..aku inginkan rehat..aku terlena..namun aku fikirkan
lena..rupanya mati menjemput aku..manusia lain yang
disekelilingku..mengerumuni..

Memuji  aku..sangat
gigih mencari harta..membina dunia..mencipta nama..aku berada di puncak..akhirnya
menggali kubur sendiri..

Aku..aku..aku..dalam aku..masih ada sejuta aku..setiap aku
ini..semuanya pentingkan diri..Cuma hendak mencari AKU yang mementingkan
Allah..sangat susah..

Aku..

 

Masih mencari..

 

Masih berlari..

 

Masih mendaki..

 

Masih menggali..

 

Hingga ke kubur sendiri..aku masih mencari Dia..

 

YA ALLAH..ampunilah
kelalaian aku..kebodohan aku..kealpaan aku..hinalah aku dalam kemuliaan
aku..sayangilah aku dalam kebencian aku..aku tidak berpunya..kecuali menjadi
hak-Mu..

0359am Jumaat