2347..
life..is so beautiful..
kadang kita diuji..diasak..diduga..dibeban..dan bila semua itu kita tabah lalui..satu perasaan..lega..gembira..senyum yg sangat ikhlas dari kejujuran hati..lahir bagai menghambat semua kesakitan..keperitan..yang datang sebelumnya..
bagai pesanan Allah dalam quran..bahawa..selepas kesusahan..datang kesenangan..dua kali diulang ayat ini..menegaskan kepada kita bahawa..betapa Allah menegaskan setiap usaha kita..pasti dibayar..setimpal dgn kesusahan..kesulitan yg Allah bentangkan pada kita..
puasa..satu ujian..dan pastinya..ujian itu sangat bermakna pada yang benar2 ikhlas.jujur melaksanakan perintah puasa..cubalah kita bandingkan ibadah lain..puasa sangat akrab dengan Allah..dan selayaknya Allah meletakkan..pahala puasa itu..Dia sendiri yang akan berikan pada hamba-hamba-Nya..bukan para malaikat yg akan mencatatkan..sebaliknya Allah sendiri yang memberikan ganjarannya..
setiap dugaan..diuji sehari..selama sebulan..pastinya..nikmatnya akan dirasa..seawal syawal nanti..cuma..bagaimana kita meraikan hari kita dilepaskan dari ujian dan dugaan..itu yg menyedihkan..ada yg menangis..mengaharapkan..ramadhan kekal lagi..ada yang sangat gembira..mungkin lepas raya..bole kembali mengumpat..adanya manusia..berbagai jenis ini..sangat mengindahkan dunia kita..cuba kita fikirkan..tanpa manusia-manusia lain dikeliling kita..siapakah kita seorang..nak mencorakkan dunia dan hidup kita..jika tak ada orang yang mengumpat kita..tahukah kita..kita sudah mencapai apa?..tidak ada orang yang dengki pada kita..bermakna tidak ada orang yang mengakui kehebatan kita..adanya mereka kerana keperluan hidup dan perjalanan peribadi kita..adanya orang-orang yang menzalimi kita..adalah ingin melengkapkan perjalanan watak kita..kerana adanya mereka..mengembangkan lagi..siapa diri di dalam jiwa kita ini..
manusia di sekeliling kita..ada berbagai..ada berbagai watak..berbagai jenis hati..berbagai sangka..berbagai hajat dan azam semasa kenal..dan mengenali kita..agenda?..mungkin setengah manusia..ada agenda..cuma kita dilarang sebagai seorang beriman ada perasaan syak dan buruk sangka pada manuisia lain..kerana niat seseorang itu hanya layak dinilai pada perilakunyanya sahaja..bukan dinilai hingga ke jiwa dan hatinya..kerana itu adalah hak Allah..bukan hak kita untuk menghukum apa diniatnya..cukup setakat perlakuan di mata..
hmmmmm..apa pun..aku syukuri..nikmat mengenali begitu ramai kenalan..teman dan kawan..yang sememangnya..merekalah yg membantu aku..membina watak aku..mewujudkan siapa aku..hari ini..aku lahir..bukan kerana peribadi aku seorang..mereka yang mendidik..mengajar..mengkritik..memuji..menegur..tak juga yang mengumpat..mengutuk apa juga idea dan apa yang aku berikan pada mereka..semua adalah faktor yang membangunkan watak..dan jiwa aku..terima kasih aku ucapkan pada semua..sama ada yang menyokong..juga tidak menyokong aku..semuanya adalah yang sangat2 berkaitan dan rapat dalam hidup aku..
terima kasih..sangat-sangat..ikhlas aku berikan..kerana..tak mudah jiwa muda aku..nak lalui hari-hari dahulu..tanpa mereka..untuk mendewasakan aku..seperti hari ini..pelajaran hidup..bukan melalui seorang..tapi semua yang terlibat juga..tidak kisah la andai kata yg datang itu..hatta cuma 1 minit dr kehidupan aku..even..si tukang buat roti canai tu pun..dah dikira sebahagian dari kehidupan aku..dengan tangan dia la..yg buat roti canai..dgn dialah..aku akan disoal..dari mana datangnya rezeki berupa roti canai tu..huh!..sungguh besar soal kehidupan..kalau dinilai dr semua segi..sebab itulah..bentuk peribadi kita..terbentuk dari sumber makanan..andai yang memasak itu adalah dikalangan mereka yg sempurna solat mereka..bertambahlah keberkatan makanan itu dan pada keperibadian kita..sebab itulah..masakan mak..senantiasa sedap dan berkat..kerana kita kenal..tangan yang masak itu..tak pernah lekang dahinya dari sujud kepada-Nya..menambahkan nikmat masakan dan rezeki yang kita hadam..
alhamdulillah..
semoga kita semua dapat mensyukuri nikmat..kawan-kawan..mereka yang wujud di sekeliling kita..bukan senang untuk dapat kekalkan mereka..apatah lagi memuaskan hati semua..aku cuma seorang..dan hati ini..buat masa ini..hanya milik aku dan hak-Nya..sukar tuk aku bahagikan apa yang tersirat di dalam hati ini..untuk memuaskan hati semua orang..aku mohon maaf..andai ada hati-hati yang terguris..kecewa kerana kelalaian hati aku..aku juga manusia..tidak sepi dari dosa dengan keuzuran sifat mahmudah..ada masa..iman yang kuat membentengi jiwa aku..ada masa..jiwa ini rapuh..mengugat keimanan aku..ampunkan aku..andai jiwa ini..menyusahkan kehidupan kalian..
semoga..kita terus menjaga ukhuwwah ini..menyayangi ikatan persahabatan..sungguh sedih melihat..nilai cinta dan kasih sebagai seorang kawan dan teman..tiba-tiba ditembok dengan setinggi-tinggi penghalang..untuk akrab sebagai kawan dan teman..hanya kerana selisih pendapat..perbedaan ilmu dan amal..persengketaan hati dan jiwa..gelojak nafsu dan hasad..semua itu adalah ujian dalam membawa sejauh mana bahtera yang di dalamnya nilai ukhuwwah dan kasih sebagai teman..jangan biarkan ia karam..kerana untuk mengeluarkannya dari lautan kecewa..antara maha ujian yang sangat parah..meruntuhkan kota adalah mudah..kemusnahan tamadun boleh berlaku sekelip mata..membinanya..mampu memakan berjuta usia..
pesanan pada diri aku..hargailah mereka yang aku kenali..selamanya..mereka tetap adalah sebahagian dari kehidupan aku..sejauh mana aku menafikan mereka..tetapi dalam catitan..mereka tetap wujud sebagai perhiasan kehidupan aku..terima kasih..
p/s:tahniah pada sahabat baik aku..tuty..lahirnya syarikat sendiri..adalah kerana kegigihan dan kesabaran..tuty dah buka company sendiri..balik penang nanti..kita story panjang..ok..
0033 11 Ramadhan 1429H
Recent Comments