Archive for December, 2008

28
Dec

tahun baru..

0021 a.m

alhamdulillah..usainya menutup tahun baru  Islam..doa akhir..dan awal tahun..bersama kita panjatkan..mengharapkan kepada Allah semoga semua amalan di tahun lepas..diterima oleh-Nya..tahun baru..dikaitkan dengan azam dan hijrah..HIJRAH..sememangnya satu perkara yang pasti kita laksanakan..awal tahun..mahupun setiap hari..bagaimana dengan azam..aku sendiri masih ada azam yang belum terlaksana..juga ada sisi hitam yang masih belum berhijrah dari dunianya..diri aku..masih kompleks..masih mencari-cari..semoga tahun baru menjanjikan perubahan yang lebih positif..

tahun baru Hijrah sering dikaitkan dengan azam dan cita-cita seseorang..samada telah terlaksana ataupun tidak  azam dan cita-cita tersebut pada tahun lalu..kita tetap membaharuinya bersama semangat yang baru..keazaman yang gigih dan berterusan untuk mencapai cita-cita adalah kunci kepada kejayaan..sebuah cita-cita dapat dicapai apabila cita-cita itu munasabah untuk dicapai..cita-cita yang mustahil dicapai walaupun dengan usaha dan keazaman yang tinggi hanya akan tinggal cita-cita sahaja bahkan digelar dengan angan-angan kosong atau angan-angan mat jenin..begitu juga cita-cita yang boleh dicapai tetapi tiada usaha dan ikhtiar kearah itu juga tiada memberi apa-apa makna..

hijrah mempunyai konsep dan matlamatnya yang tersendiri..hijrah dengan makna berpindah  dari satu tempat ke satu tempat yang lain sudah tidak wujud lagi..yang ada hanyalah hijrah dalam bentuk niat dan jihad..Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Tiada hijrah lagi selepas pembukaan Kota Makkah ( kemenangan  membebaskan Makkah ), tetapi yang ada hanyalah jihad dan niat”..

walaubagaimanapun azam,..niat dan cita-cita amat perlu diperbaharui dari semasa kesemasa apatah lagi tahun baru..niat adalah merupakan syarat kepada sahnya sesuatu amalan..niat juga yang membezakan antara ibadat dan adat..Nabi S.A.W telah bersabda :

“Hanya sanya sah sesuatu amalan itu dengan niat dan bagi seseorang ialah apa yang dia niat..maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu  kerana Allah dan rasul..dan sesiapa yang berhijrah niatnya kerana dunia maka ia akan memperolehnya dan atau perempuan maka ia akan dapat mengahwininya..maka hijrahnya itu ialah mengikut apa yang ia niatkan”

azam..niat dan cita-cita yang baik samada tercapai atau tidak adalah suatu yang terpuji dan ibadat..Nabi menyebutkan di dalam hadisnya :

Niat sesaorang mukmin itu lebih baik dari amalannya.”

maknanya dapat ganjaran yang baik orang yang berniat kebaikan walaupun tidak berjaya melaksanakan..bahkan ia lebih baik dari berniat dan beramal tetapi amalan itu kerana yang lain dari Allah ataupun tidak ikhlas..Nabi menyatakan dalam hadis qudsi :

“Sesungguhnya Allah S.WT telah menetapkan kebaikan dan keburukan..kemudian menjelaskan hal itu..maka barangsiapa yang berniat untuk melakukan sesuatu amal kebaikan namun ia tidak dapat melakukannya maka Allah akan memberikan kepada satu kebaikan yang penuh..tetapi sesiapa yang berniat melakukan satu amalan kebaikan lalu dia melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya 10 kali kebaikan sampai 700 kali kebaikan bahkan berlipat ganda yang banyak sekali disisinya..dan barangsiapa yang berniat melakukan  keburukan namun dia belum melakukannya maka Allah akan menuliskan satu kebaikan tetapi kalau dia berniat buruk lalu dia melakukannya maka allah mencatatnya satu keburukan disisinya.”

oleh yang demikian marilah kita menghijrahkan diri kita dengan membaharui dan menanamkan azam..niat dan cita-cita di setiap masa apatah lagi di awal tahun baru..Tahun Hijrah 1430H dengan penuh keyakinan serta melaksanakan setiap perancangan kita dengan baik..teliti..berstrategi..bersungguh..bertawakkal dan memastikan azam..niat dan cita-cita kita akan terlaksana..jika sebaliknya kita tetap mendapat ganjaran disisi Allah S.W.T.

Wallahu A’lam.

0043 a.m..hijrah itu..satu pengorbanan..

28
Dec

entah la..

1533

 

saat ini..mawi dan ekin..baru usai turun dari bersanding..huhu..aku ‘ter’ayan lak..nak wat cane..takde citer dah nak layan..

 

ermm..so layan jer lah..dn kala ini..semestinya dalam kepala..akan memikirkan..bagaimana la..hari perkahwinan diri sendiri nanti..huhu..nak pk lebih-lebih..tak boleh..berangan jadinyer..tak pk pun..tak boleh..sebab dah tengok benda-benda mcm ni..tamba pulak..semalam..berkampung kat rumah kenduri..dari pagi sampai ke petang..tengok majlis kenduri orang..bertambah-tambah laa..desakan hati..menghambat ke kepala..suruh pk hal diri sendiri..

 

hmm..ape pun..

 

belum sampai masa..so..teruskan la hidup membujang dulu..yang kahwin..mereka dah selamat..yang belum lagi ni..kena la usahakan..merealisasikan..hari yang menjadi impian setiap insan..

 

huhu..aku..entahlah..

 

1537..ai..cane ni..

25
Dec

ter..menung..

0032 am..

 

menongkah larut malam..jiwa ini kosong..sepi..dan sunyi..seharian cuti ini..dirasakan..seperti diisi tanpa tenaga..seawal pagi merencana agenda cuti..hampir semua..cuma angan belaka..kerana jiwa teguh mahu berehat..

 

usai bermain badminton..duduk semeja bersama teman rumah..di kedai biasa..di kawasan rumah..nasi lemak menjadi habuan sarapan..pengisi perut..yang kecut kempis..dihinjak letih bermain..bermacam bicara kami bualkan..sempena mengisi pagi..dari kisah bujang kami..beralih mencari angin untuk bersantai di air terjun..agak lama meninggalkan riadah ini..bersantai di tengah hutan..rindu..hadir menepuk dada..menggapai kisah silam..bersama teman rumah..di kala bujang..bersuka dan gembira..kini..kami berempat..teruna di ambang mencari tiang..menyimpan dana..melabur harta..buat mendirikan masjid..

 

bergelak tawa..mengenang peralihan usia..yang makin menghenjak tua..kini kematangan bersandarkan usia..kalaupun perangai masih di alam budak..itu lumrah dan fitrah..manusia masih perlukan jiwa muda..untuk menceria kehidupan dunia..

 

tengahari meninggikan mataharinya..di rumah..kami bersantai di depan tv..bertukar salurann..pelik..semakin banyak saluran tv..semakin tak keruan hendak memilih saluran…akhirnya..kami berjaya memilih saluran yang betul..tidur di depan tv..

 

mata dibuka..tangan mencari-cari telefon bimbit..dihujung kaki..panggilan dari teman..mengejutkan telinga..menangkap badan supaya bangun..aku melihat jam..usai menjawab panggilan..sudah 2.30..cuti..diisi dengan aktiviti..ada juga faedah..setakat ini..

 

petang..saluran axn menjadi pilihan..sehingga perut sudah mula memberi isyarat lapar..rifa’..sudah tak tertahan..terus keluar mencari sesuatu..habuan perut..aku pula..mula mengesot..membuka laptop..teman internet..membuka lama pizzahut..membuat pesanan secara online..memang seronok..order..tunggu..sampai la makanan didepan pintu rumah..alangkah canggihnya teknologi..membuat manusia bertambah malas untuk menghayati dunia di luar rumah..memang malas..itulah yang dirasa..sepetang kami di rumah..

 

malam..hari semakin membosankan..akhirnya..tekad..aku perlua keluar juga..usai solat isya’..aku dan rifa’..kami meneroka tropicana mall..sebuah pusat membeli belah..yang baru dibuka..hanya berapa ratus meter di depan rumah kami..30 minit sudah cukup..kerana masih banyak kedai belum dibuka..sekadar membelek harga..lain kali..boleh la datang..mengosongkan dompet..

 

sampai di pagar rumah..tingkap bercahaya..nazrul sudah pulang..menanti drama swasta di TV1..cerita rosyam nor dan fauziah latif..memang menjadi ikutan kami..entah kenapa..selepas menonton lakonan fauziah latif bersama rosyam nor dalam drama pertama..seakan menjadi peminat untuk mengikuti drama kedua ini..menjadi..itulah kata yang dapat keluar..chemistry ada di antara mereka berdua..ditambah jalan cerita yang ringan..tidak berbelit seperti samarinda..juga skrip dari tangan sharifah abu salem..menambah indah jalan ceritanya..

 

malam ni..dan kala ini..aku usai melayan cerita CAPOTE..jalan cerita hidup penulis ini..berdasarkan cerita sebenar..menambat hati untuk aku tonton..diselang seli dengan pendekar bujang lapok..nenambah tawa di jiwa..

 

dan sekarang..mata ini..kiranya..sudah sedia untuk berlabuh..moga mimpi indah..datang membawa aku belayar..

 

0204..alif..yer..mim..buaya!

24
Dec

impian..

1203

kalau seorang lelaki mengendahkan cinta seorang perempuan..kerana mengejar impiannya..adakah dia akan rasa menyesal?

hmm..sepatutnya dia rasa menyesal..kerana..terlalu banyak perkara yang sudah dikesalkan dalam hidup ini..dan melepaskan cinta seorang gadis yang menyintainya..adalah satu kesalan juga..

semua orang mencari dan ingin merasai dan memiliki cinta yang dia buang..hargailah cinta yang kamu miliki..dan

mendapat anugerah dicintai..dan disayangi..bukan nikmat yang mudah didapati..

 

1209..mencari cinta..

12
Dec

go..go..casting!

2229 pm..

 

huhu..penat..letih..lenguh dah gatal..haha..itulah rasa sekarang..miang meredah lalang tasik..miang masuk dalam rumput tasik..tenggelam sampai ke dada..(..dan menyebabkan hp aku masuk air..maka..sesapa yang call aku malam ni..mungkin akan kecewa..haha..yeahh..ada alasan kalo client call..)..

 

mmm..seawal jam 7 pagi..aku dah bersiap-siap dari rumah..standy senjata aku..tuk casting ikan..rapala dan popper baru semalam..pagi td berjaya di test..huhu..umpanan dari jam 8.30 pagi sampai jam 11.30 pagi..haha..sekor pun tak makan..hehehe..tapi puas..bila tengok ikan-ikan besar ni menangkap..melompat kat tasik..cuma rezeki jer tak berpihak pada kami..dari kocak air..ikan dapat la kami agak..dalam 7-10kg paling kurang..kalau dapat naik lebih..tu kira habuan besar..bayangkan..satu port ni..sekali ikan-ikan menagkap air..7-8 ekor melompat..dari kilas badan dan ekor..dapat cam la ada belida dan terkejut..ekor ‘V’..haha..ikan patin..toman..tak nafi la..tengok gelombang air dia jer dah tau..memang besar..

 

entah la..tatau apa yang kurang pagi tadi..casting macam serba tak kena..2 jam pertama..memang kecewa..lure langsung tak disentuh..mungkin sebab banyak anak lampan main kat atas air..jadi..selea ikan lebih pada mengejar ikan hidup dari pandang rapala kami..hehehe..tengah seronok main..tiba-tiba..tasik sebelah..berkocak kuat..kuak air..mula-mula..dimula sekor ikan jer..kemudian..macam satu pesta..kocak air..bertambah setiap penjuru..disebabkan luas tasik ni..agak kecil..dan ada seakan pulau kecil..membuatkan tempat ni terlindung sedikit dari pandangan orang..

 

kami bertukar tempat..bermain dengan ikan-ikan yang mengumpan kami untuk mengumpan mereka..(..apa nyer ayat nih..)..aku tukar kepada popper..huhu..sekali baling jer..popper ni besar..memang untuk shoot toman..sekali dia jatuh dalam air..berkocak air..senyap semua ikan..dalam 5 minit..kembali suasana seakan pesta..tapi..bukan habuan kami..langsung takde yang sangkut..

 

jam 12..kami berangkat balik..singgah membeli dedak dan umpan hidup..petang td..nekad..ubah cara pancing..bukan lagi casting..hehe..rasuha dedak..kali ni..umpan bom kami guna..(..guna mata kail perambu 5..so agak besar la harapan..nak dapat habuan petang ni)..tapi sayang..masa yang ada sekejap sangat petang td..cuma 2 jam jer..tu pun tak cukup nak pasang bom lagi..nak meredah lalang lagi..hehehe..berselirat merah tangan-tangan nih..hehehe..

 

so..habuan hari ni..sekadar beberapa ekor ikan lampam merah dan jawa..harapan nak menaikan ikan belida dan toman..tak dapat diteruskan..dek kerana masa yanag sangat sinkat..dari jam 5 hingga 7 malam..4 joran pun..masih belum cukup..nak menjinakkan ikan-ikan besar yang sentiasa mengumpan kami..dengan kocak air yang sangat cantik bila ikan-ikan ni melompat menagkap di permukaan air..

 

so..itulah cerita..hikayat casting ikan hari ni..esok..aku akan kembali ke kuala lumpur..next week mungkin akan pulang kembali ke kampung..insyaa’allah jika tiada urusan yang menjadi aral..so..mungkin..next week..aku akan kembali..casting ikan,,hehe..

 

ok..nak rehatkan badan..yang lenguh-lenguh dah nih..

 

selamat malam..

 

2255 pm..huhu..pusat rekreasi pantai kamlon

11
Dec

hari-hari yang memenatkan dan menggembirakan..

2314 pm..

 

asalnya..mata ni..sudah berat hendak menyelak blog ni..tapi..mungkin hasutan dan hambatan gembira..membuatkan jiwa ni tegar tuk menulis sebarang cerita hati ini..gembira kerana kehadiran ramai sanak saudara..berhimpun..bersama..bermuafakat menyediakan makanan tuk majlis aqiqah hari ni..sangat gembira dapat bersama semua anak buah..gembira dapat menikmati hari yang sangat panjang dengan bermacam ragam dan telatah mereka..huhu..sangat penat..tapi sangat puas juga bila diiangatkan kembali..setiap detik yang berlalu..penuh dengan riang dan gembira..bersama semua ahli keluarga..

 

darai entry pagi td..usai sahaja membuka bicara pagi..aku segera siapkan diri..mandi..(..haha kul 9 baru mandi..)..usai memberikan sentuhan pada badan..maka aku keluar seketika tuk memberikan imej baru pada rambut..(..dalam bahasa mudah..aku pi gunting rambut..hahaha..)..so..arini..no more rambut panjang-panjang la..haha..dah pendek dah rambut..huhu..sedey la jugak nak potong..dah baget nak simpan tuk next year..tapi..kena la jugak kemaskan diri..bila ingat-ingat balik..panjang jugak rambut aku ni..haha..so aku pun pi la groomng skitt..(..cewahh..).hehe..

 

so..tengahari td..baru start nolong aper patut kat dapur..siapkan semua bahan-bahan tuk masak gulai..(..ramai jer jiran tetangga datang tolong kupas bawang..buat pe patut..kat belakang..aku lak kat dapur..dengan mak aku..kami 2 orang jer..pastu baru tolong potong daging tuk buat nasi dan gulai..potong isi perut..

 

then masa ditunggu-tunggu..haha..masak gulai dan masak nasi tomato..periuk besar..arini aku belajar masak nasi tomato tuk baper orang entah..haha..beras 15kg..daging tu..entah la..potong kecik2 jer dah dekat 200 ketul..huhu..arini kira belaja abis laa..A-Z masak nasi periuk besar dengan buat gulai daging periuk besar..huhu..best..best..belaja dengan orang lama..(..setakat buat nasi daging tuk 6-7 perut tu..aku lulus lagi la..ni periuk besar..haha..memang kena berguru la..)..sempat laa aku belaja 3-4 cara nak sedapkan masakan..pak shariff nih..leh kata..kebanyakan kenduri dalam kampung ni..dia la pegang senduk kawah..kira sebelum-sebelum ni..aqiqah..memang dia yang masak..cuma;asyik takde kesempatan nak join masa masak..tahun ni..sebab kami buat in house jer..tu yang boleh melepak dengan dia dari mula sampai abis..

 

so..arini banyak benda gak la dapat aku kutip..haha..

 

adehh..penat..penat..tangan dan lenguh..huhu..ok la..short cut..haha..(..mesti korang tak kecewanyer..)..sebabkan aku teringin sangat nak makan kek batik..so..baliak jer masjid isyak td..terus tukar baju..masuk dapur..buat la kek batik..dengan dibantu dekat 5 orang anak buah aku..bukan bantu sangat pun..nyibuk nak tau..bila kek tu siap dimakan jer..haha..tapi..budak-budak..tak kisah laa..seronok manja ngan bebudak nih..tambah si eija dengan si nina..hehe..

 

aii..ok lah..mata nih dah makin berat dah nih..sok pagi kul 7 dah de appointment dengan member aku..haha..sok pepagi..nak casting ikan belida..huhu..lamanya tak casting..petang td sempat aku gi beli rapala baru dengan “popper”..huhu..semangat-semangat..janji dapat lepas gian casting kat tasik..

 

ok..nak rehat..if can..before 12..harap..mata ni dapat lelap dengan jiwa yang tenang..huhu..malam ni..eija tdo dengan aku lagi..aiii..

 

2332 pm..pajak song..

10
Dec

kenduri

0849 am

 

alhamdulillah..mata ni masih segar tuk menulis sedikit update..haha..(..sajer nak nyakat zati..dia tak update blog dia)..ermm..aper yer..aktiviti arini..hmm..arini aku masih lagi di penang..dan pajak song..dan hari ni khamis kami sekeluarga agak sibuk dengan persiapan tuk sedikit kenduri tengahari nantio dan kenduri tahlil tuk malam ni di masjid..(..kenduri aqiqah anak abg sulung aku yang baru sampai semalam..)..

 

sampai umah semalam..(..semalam aku keluar dengan apit gi jalan2 kat sunway..hehe..tonton cerita madagascar..adehh..leh pecah perut bergelak tawa dlm panggung tu..kurang-kurang..hilang la jugak tekanan kerja dalam kepala ni…nengok telatah binatang-binatang yang sesat tu..)..ok..sampai jer semalam..pas balik dr sunway..abang aku dah sampai..terus jamah dinner ramai-ramai..pas dinner..borak-borak..anak buah aku..si eija tu..dah manja-manja nak tdo ngan aku..(..eija dah kurus..hehe..dah tinggi dah..tahun depan da masuk standard 1 dah dia..aii..tu pun manja lagi ngan pakteh dia..hehe)..

 

ermm..arini aku rasa agak sibuk skit kot..nak kena bantu masak-masak yang simple-simple..tuk lunch nanti..akak aku kerja..so aku jer lah yang available kat dapur..akak ipar aku kena jaga fadlan..(..owner aqiqah..)..hehe..takder calon lain dah la..daging 20kg..tulang lagi..waa..makan besar..breakfast arini..mak order sri muka..banyaakk..(..my favorite tu..)..huhu..sedap..sedap..sedap..

 

ermm..ok lah..sekadar nak update apa yang patut..

 

orang KL dah call aku dah semalam..huhu..kerja..kerja..adehh..baru nak merasa nikmat bercuti..(..hehe..cuti sokmo aku nih..)..next week..kompem kerja banyak menunggu.insyaa’allah aku balik 13hb ni..sebab 13hb kenduri gaban..petang tu terus balik KL..14hb kenduri apit..(housemate aku)..kat setiawangsa..falh lak call semalam..ajak balik penang 20hb depan..next week kenduri basith..aizat..dengan kadeer..huhu..bayak tul kenduri member2 aku nih..

 

aiii..nak wat caner…jodoh diorang dah sampai seru ajak diorang kawin..haha..semalam..mcm-mcm la jugak aku dengan apit borak..sentuh tentang bab kawen niih..huhu..rasa syahdu jer..bila dua lelaki bujang..keluar melalui hari-hari seorang bujang..(..hahaha…macam orang putus harapan jer..)

 

ok..

 

gerak dulu..dah sampai masa nak kena kerja keras..huhu

 

malam ni..menu nasi merah..tengahari..ader kerabu perut..gulai daging..(..maybe bukan daging busamah kot..)..sup tulang wajib dah..pendek kata..serba serbi daging la..hehe..orait..

 

0904 am…pajak song..

08
Dec

korban..pengorbanan..terkorban..

1029 am..

 

salam aidiladha pada semua..semoga ibadah korban kita..diterima Allah..dan menjadi sebahagian dari pengukuh iman dan taqwa kita..sebagai seorang mukmin..

 

hmm..asalnya..ingin menulis semalam..usai dr segala kerja..tapi..sampai saja ahad petang..emak dan akak dah siapkan makan tengahari untuk aku..usai makan..aku menghendap berita terkini di akhbar..dan..tragedi tanah runtuh..yang mengobankan nyawa..menjadi tumpuan mata..sempena hari raya korban..pengorbanan yang bakal kita buat..diuji juga..dengan nyawa saudara yang terkorban..suka aku melihat..seorang mangsa..(sorry..mak aku panggil td..tukar tong gas..)..hehehe..ook..kat mana td..haa..seorang mangsa kejadian tanah runtuh..(..tak ingat nama..)..bila dia ditanya pemberita..(..yang suka tanya sebab nak tgk mangsa menangis depan kamera..)..dia memberi komen..dia menerima segalanya sebagai ujian..redha dan yakin ada hikmah atas kejadian ini..(..bukan menyalahkan mana-mana pihak..sebaliknya menerima kejadian itu..tersirat berlaku atas kelalaian kita sebagai hamba)..hmm..semoga mangsa-mangsa kejadian tahank runtuh..tabah menghadapi semuanya..juga..pada kita..yang terselamat dr ujian ini..mohonlah dijauhkan dr segala bencana..dan terpelihara dalam setiap waktu..amiinn..

 

ok..petang tu..akibat dr kuasa mengantuk yang kuat..aku masuk bilik..letak jer kepala..hahaha..maghrib baru jaga..hebat tul..mujur dah jama’ zohor-asar..hehe

 

malam tu..tak buat apa..bersembang dengan mak..gurau-gurau..haha..kami 2 orang jer..adik keluar..ayah dah tido..so tinggal aku dengan mak jer la yang berjaga..mcm-mcm la mak pesan tuk anak teruna dia nih..hehe

 

esoknya..awal pagi raya..jam 7..kita dikejutkan lagi..dengan tragedi kemalangan sebuah bas di tangkak-muar..dan 10 nyawa terkorban..bila sentuh kemalangan jalanraya..hati pasti sayu..kerana kadang..kejadian berlaku..kerana kecuaian..dan kecuaian satu pihak..akan mengakibatkan kehilangan nyawa ramai pihak..seorang pembaca berita TV1 yang membuat ulasan akhbar..sempat berseloroh..bila membaca komen pemamdu bas..bila pemandu bas tu beralasan..”tiba-tiba saya rasa stereng bas sangat berat”..yang mengakibatkan dia hilang kawalan..dan komen pemberita..”adakah stereng yang berat atau mata yang berat?”..hehe..kita tidak berada ditempat kejadian..dan senang bagi kita menuding sebarang alasan..apa pun..perkara sudah berlaku..dan salah siapa bukan soal yang perlu ditelingkahi..yang penting..bagaimana kejadian sebegini..harus dielakkan..dari terus terjadi di masa depan..

 

ok..hehehe..jauh aku melencong..orait..usai solat sunat aidiladha..maka..program seterusnya..adalah sembelih lembu..alhamdulillah..aku ada join share sekor lembu..2 tompok/bahagian dr tujuh adalah dr aku dan abg aku..abg aku buat aqiqah..dan aku korban..alhamdulillah..sekor lembu tu..satu bahagian dapat la dalam 17kg untuk isi daging sahaja..selebihnya tulang dan bahagian perut..(..abg aku cakap..lembu kat KL dapat dlm 13kg ja..)..huhu..kira beruntung la buat kat kg..so..aktiviti selepas tu..adalah membahagi daging kepada golongan berhak dan sebahagian tuk aku..kami buat masak-masak lah..aku la jadi tukang sedia menu..yang lain tolong masak..tulang aku dah set dah buat sup tulang..(..huhu dapat 2 gear box..)..yang lain tu..perut arini buat kerabu perut..daging kami buat nasi daging..(..hmm..yang ni..selalu jer orang bandar kompius..haha..diorg tak penah dengar nasi daging..adakah masakan utara?entahlah..aku pun tatau nak jawab..sebab dari aku kecik..mak aku dah masak dah nasi daging..so leh la kata..masakan utara kot..hehehe..)..sebabnya dia macam nasi tomato jugak..cumanya..lain skit..hehehe..semalam..aku masak nasi dia dgn mak aku..rempah daging dia ni murah jer..leh jer beli..haha..

 

so petang tu..kami makan ramai-ramai..ada baper family yer..abg 2nd and 3 rd aku balik dgn family dia..akak 2nd aku..pastu anak arwah paklang n maklang aku pun datang ziarah..so..ramai la makan-makan..aku hirup sup semangkuk jer..terus pening..hehehe..masa basuh daging sempat gurau dengan mak..esok..ramai-ramai kita gi hospital..semua darah naik..haha..memang semalam..pening gila kepala..haha..banyak makan daging..

 

semalam makcik aku datang..dengan cousin..makcik terlepas makan nasi daging..haha..makcik ckp..dia try daging rempah..tak jadi..haha..tanya mak aku..mak aku cakap..tanyak adik..haha..aku lak tukang ajar..rupanya..makcik aku salah teknik jer..huhu..untuk daging rempah yang sedap..daging jangan masak sampai empuk dulu..baru dimasak dengan rempah..tapi..daging kena masak sekejap tuk dapat air dia..lepas tu..air tu guna tuk masak nasi..dan campur dengan rempah yang dah tumis tuk buat nasi daging..amik daging tadi..gaul dengan rempah nasi..keluarkan daging masuk dalam periuk lain..pastu rebus sampai kuah rempah kering..(..tinggal skit la,..tuk jadi kuah..)..ermm macam tu lah..macik aku silap skit jer..hehe..

so..malam tu terus tdo..

 

pagi ni..sambung dengan tengok apa jadi dengan sup..hehe..buang lemak2 dia..dan sup sudah selamat tuk di makan..(..sebab lemak-lemak yang buat pening kepala dah buang)..

 

arini..maka ajak aku gi kenduri..kul 3 japgi..so skrg..buat la pe patut dulu..setelkan kerja-kerja aku..

 

petang ni abang aku dari KL akan sampai umah..so..meriah la malam ni..main ngan anak buah lagi..hehehe..ok la..

 

nak sambung tolong masak lunch..

 

k yer..selamat hari raya aidiladha..

 

1113am .. pajak song

06
Dec

You make my life difficult..and more interesting..

0326am..

 

masih belum dapat pejamkan mata..esok pagi..akan bertolak ke kampung..pulang tuk hari raya korban..huu..

 

keseorangan di rumah ini..sunyi menghimpit..dari setiap arah..habis semua channel astro aku dah bukak..satu aper pun tak melekat di hati..manchester united tgh main..pun tak rasa nak tgk..(..memandangkan aku bukan die hard fan MU..hehehe..)..

 

hmm..sepi malam ini..entah apa aku isi..baju dan laptop ni..masih belum dikemas masuk beg..aiii..terasa malas nak mengemas..tapi..aku kena jugak tido..memandangkan esok..kena drive ke kampung..awal pagi esok dah nak gerak..tapi mata ni..macam ada kayu yang masih melekat dekat kelopak mata..(..terbayang spongebob tak boleh tdo..)..

 

ermm..disebabkan aku tak boleh tdo..maka..ngadap blog la jawabnyer..so..ke mana menghilang..sekian lama menyepi..selepas peristiwa my_8six..(..harapnya..terjawab..cik suhamira tak sempat bg respon..on the way ke taiping katanya..melalui sms..)..hehehe..so..aku cuma mampu kembali..bila semua kerja usai aku habiskan..alhamdulillah..cuma satu jer kad kawin..tersasar dr tarikh yang sepatutnya..(..sedey!..tak sempat siap on time..)..

 

hmm..5hb lepas..sudah berlalu..tarikh yang aku tunggu..sepanjang tahun ini..telah selamat aku lalui..dan harapan aku pun..telah selamat aku hadapi..juga impian dan hajat aku pada hari tersebut..juga telah aku capai..(..asyik tersirat jer shauqi nih..)..hehehe..takper..kadang-kadang..sesetengah perkara..bila dirahsiakan..nikmat hidup ni..

 

currently..aku sedang dengar lagu Ash Like Snow..nyanyian The Brilliant Green..tersangkut hampir 5 hari dah..dan aku akan layan jer lagu ni..setiap kali on laptop nih..ptg td..selamat aku download lagu ni..dan dah selamat jadi ringtone hp aku..(..hahaha..gumbira..gumbira..susah tul nak cari lagu nih..)..pagi semalam..satu msg dr redza menjengah aku..mcm biasa..biro perhubungan batch aku nih..jemputan futsal korban ex-spm 2000!..haha..malam esok..terasa mcm ada kekuatan lak pi malam esok..bila baca buletin dia post kat FS..dalam sms..jemputan biasa ajer..tp dlm buletin..power lak ayat dia..hahaha..insyaa’allah aku p..if tiada aral yang melengahkan kedatangan aku esok malam..

 

hmm..

 

masih mencari masa..dan melemahkan kekuatan mata ni..yang masih belum mahu mengalah..tadi..dah hampir terlelap..entah kenapa..segar kembali..aii..nak jer paksa..tapi..mesti tak nikmat tido malam ni kalau paksa tdo..hehe..ok lah..aku nak cuba baring..kalau ngadap laptop nih…memang sampai ke subuh aku berjaga..haha..(..dasar lelaki kelawar..)..hehe

 

mak aku..adik aku..kakak aku..dah baper kali tanya bila balik..huhu..risau diorg..so..aku amik ruang ni..tuk ucapkan..selamat hari raya ‘aidil adha..buat seluruh teman-teman muslimin dan mukminin…semoga ibadah korban kita tahun ini..diterima Allah..dan menjadi tunggangan kita di akhirat kelak..yang akan memudahkan kita meluncur di atas titian sirat..(..harap..ada masa nak menulis sesuatu tentang ‘aidil adha..)..

 

so..selamat malam..dan selamat pagi!..

 

0343 am..

03
Dec

complicated..

0019 am..

 

hari ini..aku sangat gembira..antara hari paling gembira..dan aku harap akan terus rasa gembira..sepetang kegembiraan ni berlangsung..

 

bila kala ini..gembira itu sudah hilang..

 

sakitt..pedihh..sangat sakit..hati ini..terasa pedih..

aku tak suka rasa ni..aku tak mahu rasa ni..

sedeynyer..sangat..sedey..

tak best..aku tak suka..

rasa macam nak balik ke petang td..waktu aku gembira td..

kenapa mesti rasa semua ni..

kenapa mesti ada rasa sakit ni..rasa tak suka..bukan benci..cuma rasa yang kurang selesa..

 

kenapa dengan aku ni..kenapa perlu rasa macam ni..

 

0022 am..