0021 a.m
alhamdulillah..usainya menutup tahun baru Islam..doa akhir..dan awal tahun..bersama kita panjatkan..mengharapkan kepada Allah semoga semua amalan di tahun lepas..diterima oleh-Nya..tahun baru..dikaitkan dengan azam dan hijrah..HIJRAH..sememangnya satu perkara yang pasti kita laksanakan..awal tahun..mahupun setiap hari..bagaimana dengan azam..aku sendiri masih ada azam yang belum terlaksana..juga ada sisi hitam yang masih belum berhijrah dari dunianya..diri aku..masih kompleks..masih mencari-cari..semoga tahun baru menjanjikan perubahan yang lebih positif..
tahun baru Hijrah sering dikaitkan dengan azam dan cita-cita seseorang..samada telah terlaksana ataupun tidak azam dan cita-cita tersebut pada tahun lalu..kita tetap membaharuinya bersama semangat yang baru..keazaman yang gigih dan berterusan untuk mencapai cita-cita adalah kunci kepada kejayaan..sebuah cita-cita dapat dicapai apabila cita-cita itu munasabah untuk dicapai..cita-cita yang mustahil dicapai walaupun dengan usaha dan keazaman yang tinggi hanya akan tinggal cita-cita sahaja bahkan digelar dengan angan-angan kosong atau angan-angan mat jenin..begitu juga cita-cita yang boleh dicapai tetapi tiada usaha dan ikhtiar kearah itu juga tiada memberi apa-apa makna..
hijrah mempunyai konsep dan matlamatnya yang tersendiri..hijrah dengan makna berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sudah tidak wujud lagi..yang ada hanyalah hijrah dalam bentuk niat dan jihad..Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Tiada hijrah lagi selepas pembukaan Kota Makkah ( kemenangan membebaskan Makkah ), tetapi yang ada hanyalah jihad dan niat”..
walaubagaimanapun azam,..niat dan cita-cita amat perlu diperbaharui dari semasa kesemasa apatah lagi tahun baru..niat adalah merupakan syarat kepada sahnya sesuatu amalan..niat juga yang membezakan antara ibadat dan adat..Nabi S.A.W telah bersabda :
“Hanya sanya sah sesuatu amalan itu dengan niat dan bagi seseorang ialah apa yang dia niat..maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu kerana Allah dan rasul..dan sesiapa yang berhijrah niatnya kerana dunia maka ia akan memperolehnya dan atau perempuan maka ia akan dapat mengahwininya..maka hijrahnya itu ialah mengikut apa yang ia niatkan”
azam..niat dan cita-cita yang baik samada tercapai atau tidak adalah suatu yang terpuji dan ibadat..Nabi menyebutkan di dalam hadisnya :
Niat sesaorang mukmin itu lebih baik dari amalannya.”
maknanya dapat ganjaran yang baik orang yang berniat kebaikan walaupun tidak berjaya melaksanakan..bahkan ia lebih baik dari berniat dan beramal tetapi amalan itu kerana yang lain dari Allah ataupun tidak ikhlas..Nabi menyatakan dalam hadis qudsi :
“Sesungguhnya Allah S.WT telah menetapkan kebaikan dan keburukan..kemudian menjelaskan hal itu..maka barangsiapa yang berniat untuk melakukan sesuatu amal kebaikan namun ia tidak dapat melakukannya maka Allah akan memberikan kepada satu kebaikan yang penuh..tetapi sesiapa yang berniat melakukan satu amalan kebaikan lalu dia melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya 10 kali kebaikan sampai 700 kali kebaikan bahkan berlipat ganda yang banyak sekali disisinya..dan barangsiapa yang berniat melakukan keburukan namun dia belum melakukannya maka Allah akan menuliskan satu kebaikan tetapi kalau dia berniat buruk lalu dia melakukannya maka allah mencatatnya satu keburukan disisinya.”
oleh yang demikian marilah kita menghijrahkan diri kita dengan membaharui dan menanamkan azam..niat dan cita-cita di setiap masa apatah lagi di awal tahun baru..Tahun Hijrah 1430H dengan penuh keyakinan serta melaksanakan setiap perancangan kita dengan baik..teliti..berstrategi..bersungguh..bertawakkal dan memastikan azam..niat dan cita-cita kita akan terlaksana..jika sebaliknya kita tetap mendapat ganjaran disisi Allah S.W.T.
Wallahu A’lam.
0043 a.m..hijrah itu..satu pengorbanan..
Salam ziarah…
SALAM HIJRAH 1430Hijrah.teruskan perjuangan di medan tinta.
wassalam