Archive for March 31st, 2009

31
Mar

teratak jiwa…kembali aku mencari diri!

2103 pm …. 31 Mac 2009

hmm..

kalam kala ini agak kelu..karangan malam ini..masih mencari-cari hidangan untuk dikongsi..hampir berbulan sunyi..menyepi..meninggalkan blog ini..usang dimamah kelajuan masa..

hehe..

asalnya..mahu menulis sesantai mungkin..tapi..dek kerana aku tgh berkursus sekarang..masih terbawa formaliti dalam kursus..hehe..okes..sudah berapa purnama kita terpisah..kini kembali menarikan tarian hidup aku di atas lembaran blog ni..

terlalu banyak yang berlaku..sepurnama lalu..apatah lagi purnama mac yang lalu..adalah rentetan dari kembara 26 aku..usia 26..benar menguji jati diri..jika dikembara lalu..aku mengorek potensi diri..kembara kali ini..aku mengembangkan potensi yang ada..menambah baik kemampuan yang ada..

gagal..itu juga sebahagian dari kejayaan..gagal bermakna aku berjaya memberanikan diri mendepani risiko hidup..dan berjaya..membuktikan aku berada di laluan yang betul..

hidup ini meliputi berani atau tidak kita melihat jalan di depan kita..ada manusia mampu melihat sejauh mana dirinya mencapai kejayaan hidup..ada manusia masih ragu-ragu dengan pilihan hidupnya..ada manusia sudah merancang perjalanan hidupnya..

kita adalah muslim..merancang bermatlamatkan syurga..merancang mencari redha-Nya..berusaha mendapatkan ganjaran amalan..itulah antara sepanduk yang dibawa kita melalui nilai iman yang ada..cebisan iman inilah yang masih membantu kita..kekal di landasan yang sedia ada..

kembara 26..benar-benar menguji..menjangkau apa yang dirancang..kadang melalui lorong sukar dalam hidup..kadang..terpaksa mencari denai kesenangan..melalui ranjau belukar kesusahan..namun..itulah nikmat dalam hidup di akhir zaman..ranjau itulah taman mukmin..

kala ini..aku berkursus di bangi..kala ini saja aku rasakan aku ada masa terluang untuk melontar kembali pandangan tumpul aku ini..dek kerana sudah lama tidak berceloteh..main susut ilmu ini..cuma garapan ringan..harapnya mengembalikan kesegaran dalam penulisan catitan hidup shauqi..

melalui kembara 26..semakin bertambah kenalan siber..rakan maya semakin mengembang..jaringan semakin direntang..membina ukkhuwwah..membina nilai cinta dan sayang..

berbicara soal cinta dan sayang..

cinta itu sememangnya buta..dan cinta kadang membuka mata..mencelikkan jiwa..mencari nafas untuk menghirup sayang..ibarat mahukan seri muka..pandan dan pulut disatukan..dari dua alam disatukan di dalam talam..jadilah kuih yang sedap..nikmatnya tak dapat digambar..cuma dapat dirasa..manisnya di lidah..kenyangnya di perut..begitulah cinta..

manisnya terasa sekejap..tapi..ingatan pada rasanya mampu membuat kita mengidam pada rasanya..cinta mengetuk pada yang bersedia..cinta mati pada yang membunuh rasa suka..

kala ini..cinta itu teman yang dicari..sayang itu teman yang dipinta..hik!

aku puitis malam ini,,

ke mana hala tuju tulisan ini..aku cuma serahkan pada tangan..hati aku cuma melorong jari ini..menaip semahu mungkin..melepas rindu di lembaran ini..

pada semua sahabat..mohon jasa baik..mendoakan kesejahteraan ayahanda aku,,yang hari ni memasuki wad untuk pembedahan esok hari..duka hati ini..tak dapat bersama..kata bonda..aku perlu teruskan kursus..adik aku masih ada bersama mereka..doakan yang terbaik buat ayahanda aku..terima kasih semua..

aku hentikan tarian jari ni..setakat ini..moga kebosanan nanti..mengajak aku kembali ke sini..

pada cik suhamira..mohon maaf..sebab agak lewat update blog..adik izzaty..maafkan abg kerana lama menyepi..cik diyana..tolong kembalikann semangat sy..hehehe..

pada yg lain..terima kasih kerana masih bersama!

encik shauqi..2133 Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.